MY NAME IS FARAH NABILAH A.R. AND THIS IS A LOVE SHARING. WELCOME AND MAY PEACE BE UPON YOU :)

Saturday, June 16, 2012

nak jadi tikus membaiki labu?

melihat adik arwah atok, teringat arwah atok, atok dan opah. teringat juga kata2 ustazah Safiyyah dlm kelas semalam tentang salah satu fasa hidup manusia secara umumnya berdasarkan sebuah kajian psikologi Islam.
umur 50-59 tahun,  dan ke atas, umumnya itulah masa menurun seorang manusia, kudrat dan kekuatannya makin berkurang, penyakit mula berkata 'hai, bila saya boleh dtg?'

teringat juga dulu, ibu selalu cakap, bila emak ayah kita sakit, di samping hikmah pada mereka, hikmahnya juga adlh pd anak2. Allah nak bagi pahala kat anak2 ni sebenarnya. manakan tidak, kala kudrat sudah berkurang, pertolongan diperlukan bertambah. menjadi tggjwb anak2 lah untuk menguruskan ibu bapanya yang sakit itu. syukur lihat anak2 yang masih sedar tanggungjawab mereka. yg ada anak tapi tak bertanggungjawab lain cerita, jawablah dgn Allah nanti. tapi bagaimana kalau psgn yg tiada anak ye?

tiba2 teringat pula, LGBT. ya, LGBT yg tidak sudah2 dengan 'perjuangannya'. kasihan ada, geram lagi ada. baiklah, jika tidak mahu melihat dari sudut agama sekalipun, lihat saja lah dari realiti dunia. jika ia dibenarkan, ia berleluasa, mula2 satu dua kahwin sejenis, lama2 satu dua bukit pon tak tertanggung banyaknya yg kahwin sejenis. mula2 satu dua pasangan ambil anak angkat (yelah mana mungkin dapat zuriat sendiri), lama2 satu dua bukit pon tak tertanggung banyaknya yg ambil ank angkat. dan lama2, anak angkat berkurangan, yg kahwin sejenis bertambahan. macam mana nak dapat zuriat? siapa yang nak jaga bila dah tua? fikirlah, anda takkan terlepas dari hukum dunia, atau spesifiknya, sunnatullah!

Allah yg cipta kita, Allah tahulah..
umpama orang yg mencipta kereta, tahulah dia kekuatan kelemahan kereta itu.. sebab itu dia sediakan manual guides. untuk bagi panduan kepada penggunanya. supaya TAK ROSAK kereta itu, dan tak me'rosak'kan mood, atau sumber kewangan atau segala masalah yg akn dihadapi oleh pengguna itu sendiri.

kasihanilah diri sendiri..

No comments:

Post a Comment