MY NAME IS FARAH NABILAH A.R. AND THIS IS A LOVE SHARING. WELCOME AND MAY PEACE BE UPON YOU :)

Thursday, June 28, 2012

apa hikmah Allah sorokkan hikmah? tiba2 terlintas soalan ini sebentar tadi. ye, terlintas. tapi hati tak pernah goyah meyakini yg semuaaaaaaa semua yg berlaku ini ada hikmahnya, WALAU kdg kala mata kasar kita tak nmpk hikmah itu, atau mungkin, mata hati tak dpt merasai hikmah itu. jadi, apa hikmah Allah sorokkan hikmah? wallahua'lam, tapi yg pasti, Allah sorokkan hikmah, atau kt tak jmpa hikmah stlh puas mencari, PASTI ADA HIKMAHNYA! teehee ^^,

......................

few minutes after i posted this, tiba2 terbaca ni .


perhaps, this is the answer? ^^,

Monday, June 18, 2012

perasaan ini kerap membelenggu diri. kerap mejatuhkan diri. puas mengadu, hanya Kau yg memahami ya Allah. bantu aku mencari jalan keluar teka teki ini. 


aku insan lemah.

Saturday, June 16, 2012

nak jadi tikus membaiki labu?

melihat adik arwah atok, teringat arwah atok, atok dan opah. teringat juga kata2 ustazah Safiyyah dlm kelas semalam tentang salah satu fasa hidup manusia secara umumnya berdasarkan sebuah kajian psikologi Islam.
umur 50-59 tahun,  dan ke atas, umumnya itulah masa menurun seorang manusia, kudrat dan kekuatannya makin berkurang, penyakit mula berkata 'hai, bila saya boleh dtg?'

teringat juga dulu, ibu selalu cakap, bila emak ayah kita sakit, di samping hikmah pada mereka, hikmahnya juga adlh pd anak2. Allah nak bagi pahala kat anak2 ni sebenarnya. manakan tidak, kala kudrat sudah berkurang, pertolongan diperlukan bertambah. menjadi tggjwb anak2 lah untuk menguruskan ibu bapanya yang sakit itu. syukur lihat anak2 yang masih sedar tanggungjawab mereka. yg ada anak tapi tak bertanggungjawab lain cerita, jawablah dgn Allah nanti. tapi bagaimana kalau psgn yg tiada anak ye?

tiba2 teringat pula, LGBT. ya, LGBT yg tidak sudah2 dengan 'perjuangannya'. kasihan ada, geram lagi ada. baiklah, jika tidak mahu melihat dari sudut agama sekalipun, lihat saja lah dari realiti dunia. jika ia dibenarkan, ia berleluasa, mula2 satu dua kahwin sejenis, lama2 satu dua bukit pon tak tertanggung banyaknya yg kahwin sejenis. mula2 satu dua pasangan ambil anak angkat (yelah mana mungkin dapat zuriat sendiri), lama2 satu dua bukit pon tak tertanggung banyaknya yg ambil ank angkat. dan lama2, anak angkat berkurangan, yg kahwin sejenis bertambahan. macam mana nak dapat zuriat? siapa yang nak jaga bila dah tua? fikirlah, anda takkan terlepas dari hukum dunia, atau spesifiknya, sunnatullah!

Allah yg cipta kita, Allah tahulah..
umpama orang yg mencipta kereta, tahulah dia kekuatan kelemahan kereta itu.. sebab itu dia sediakan manual guides. untuk bagi panduan kepada penggunanya. supaya TAK ROSAK kereta itu, dan tak me'rosak'kan mood, atau sumber kewangan atau segala masalah yg akn dihadapi oleh pengguna itu sendiri.

kasihanilah diri sendiri..

Wednesday, June 13, 2012

cinta tak buta, tapi manusia yg buta cinta.





muhasabah diri tatkala hati masih berdiri, jangan tunggu ia patah bengkok, baru hendak diketuk. 


kala air berderai turun dari shower membahasi diri, perbualan tadi diingati kembali, perkataan tadi diteliti kembali, dan cebisan ini terdetik di hati. 


oh diri, percayalah, walau bagaimana machonya lagak dia, 'sweet'nya bahasa dia, 'comel'nya style dia, itu bukan pengukur kebahagiaan. 
macho itu boleh hilang. sweet itu boleh hilang, comel itu boleh hilang.
malahan, macho itu boleh jadi punca kesengsaraan, sweet itu boleh jadi punca keretakan. comel itu boleh jadi punca kekecewaan. 


oh diri, percayalah, tiada kebahagiaan hakiki selain tapaknya kerana Ilahi. 


jgn percaya tv
jgn percaya drama
jgn percaya 'lakonan'

ia mengusutkan jiwa, ia menimbulkan bibit2 nafsu, ia mengubah pandangan terhadap sesuatu.


PERTAMA

-bila cinta dia sebab nampak macho, hilanglah cinta itu bila machonya hilang.
-bila cinta dia sebab kata2nya yang sweet, hilanglah cinta itu bila kata2 itu hilang.
-bila cinta dia sebab Allah, mana mungkin cinta itu hilang bila Allah tak pernah hilang.

mcm mana nak cinta dia sebab Allah? tell me how? mudah saja :)
cintailah dia bila dia seorang yang mengikut perintah Allah dan Rasul, bila dia meninggalkan dan menjauhi larangan Allah dan Rasul. 


bukan calang2 usaha itu oiii.

"yelah, saya nampak ada ciri2 itu pada dia. cara & layanan dia pada saya nampak dia ikhlas dgn saya"

iye? awk yakin?

oh diri, mana mungkin dia yang menunjukkan betapa 'baik'nya diri dia depan kita, betapa specialnya kita di mata dia, betapa hanya dengan kita sahajalah dia bertanya khabar dan ambil berat, betapa sweetnya kata2 dia, betapa berwibawanya dia dalam memberikan ucapan, mana mungkin dia itu yang kita percaya. bila mana larangan Allah tidak ditinggalkan, walau HANYA dgn diri kita yg 'special' ni saja.

Allah kata..
"...Laa Taqrobuzzinaa..."  atau
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." 
 Quran, Al-Isra' : 32
Allah tak cakap, jangan berzina, instead Allah cakap, jangan hampiri zina. dengan cara dia yang boleh menghampiri jalan2 zina itu, walau bagaimana 'ikhlas' nya cara dia pada kita, percayalah, dia sedang mencintai kita, bukan kerana Allah. dan kita sedang mencintai dia, bukan kerana Allah.

sebab kalau kita cintakan dia krn Allah, buktikan pd Allah! bukan pd hambaNya.

KEDUA

perkara yang sering dilupai, kasihanilah diri sendiri. sebab,

-bila dia cinta kita sebab kulit kita cantik, kasihanilah diri tatkala lenyapnya cinta itu bila 'jerawat muncul'
-bila dia cinta kita sebab kepetahan kita berkata2, kasihanilah diri tatkala lenyapnya cinta itu bila diri ditimpa musibah menjadi bisu atau lumpuh
-bila dia cinta kita sebab penampilan kita menarik, kasihanilah diri tatkala lenyapnya cinta itu bila tiada kemampuan untuk bergaya lagi
-bila dia cinta kita semata2 sebab 'kita', kasihanilah diri kerana kita manusia, manusia berubah bila2 masa sahaja.

dan bila dia cinta kita sebab Allah, berbahagialah diri tatkala kekalnya cinta itu, besertakan kekalnya sebab cinta itu, iaitu Yang Mencipta Cinta, tiada lain tiada bukan, kekasih agung kita Allah S.W.T.

haaa, nampak tak, indahnya Islam! sweetnya Allah! bijaksananya Allah!
subhanAllah!
dengan ini, semua orang boleh berbahagia! ^^,
kesatkan air mata mu. sesungguhnya Islam datang, dan mencabut segala rantai2 yang membelenggu jiwamu, dek terpengaruh dengan gambaran keduniaan.

yg rasa diri kurang menarik, Allah tidak lihat semua itu!
yg rasa diri tidak 'reti' bergaya2, Allah tidak lihat semua itu!
yg rasa diri tidak hebat berkata2, Allah tidak lihat semua itu!
yg rasa diri tidak kreatif & berseni, Allah tidak lihat semua itu!

yg Allah lihat, hatimu.. ikhlaskah? bertakwakah?

dan dengan ini,

bukankah kita terlepas dari menjadi, 'hamba dunia'?


p/s-sekadar muhasabah diri, dan perkongsian yg termampu diri.
Pemilik Cintaku Slps Allah & Rasul, Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu, krgn Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi. -dua buku yang banyak membantu diri, mengenali hakikat cinta yang sebenarnya. 
ya, cinta tak buta. tapi manusia yang buta cinta. 
ya, aku makin yakin kini.
yakin pada Ilahi.


hidup ini teka-teki, atau aku yang berteka-teki?

apapun ia, aku takkan mengalah menyelesaikannya! 
insyaAllah..

Tuesday, June 12, 2012

anda kata anda ikut sistem dunia? iye?


‎(Quran,44:29)
 "Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka (Firaun dan pengikutnya), dan mereka pun tidak diberi penangguhan waktu." 
#tahukah anda bhw amalan kita naik ke langit 2 kali seminggu? iaitu pada hari isnin dan khamis. dan dengan ini bermaksud, langit tahu amalan2 yg naik itu, sbb itu, bila org yg beramal saleh, langit sedih kerana kehilangan amalan orang2 spt ini. tetapi langit tak sedih langsung dgn kehilangan Firaun dan pengikutnya malah gembira dan seakan2 'bertepuk tangan'.

huhu, rasa sayang kat langit tiba2. rasa 'bersalah' pada langit pon ada tiba2.

alangkan langit pon sayang pd org yg sayang Allah, degilnya kita tak mahu ikut sistem dunia sdgkan SATU ALAM SUJUD PADA ALLAH SWT. anda, bagaimana?


Monday, June 11, 2012

menulis, tanpa ink.

malam ini, aku bersendirian di bilik. ya, aku perlu bersendiri. 

sebab aku nak buat apa yg aku selalu fikirkan atau lebih terperinci, bermonolog sendiri selama ini: tika basuh pinggan, tika tangan di stereng dan kaki di padel minyak, sesekali melompat ke padel brek, tika habis membaca, tika habis menonton.

ianya ialah?

yang sdg ku lakukan skrg ini.

ya.

'menulis'.

tanpa ink.

geram rasanya bila rasa tu dtg, tp masa tu pergi. ini pon, masa sudah hampir time.

aku fikirkan, atau lebih tepat, aku agak, di rumah akan ada belambak kelapangan masa. eheh. tekaanku meleset. rupanya byk lagi komitmen aku di sini. lagi pula, tiada jadual yang tepat. memang lagi payah. dgn beribu kekuatan yang diperlukan untuk mendisiplinkan diri dgn masa, akibat tiada 'jawatan' tetap, maka tiada 'jadual' tetap.

buat masa ini, komitmen sebagai anak. sebagai sahabat. sebagai Muslim. sebagai adik. sebagai kakak (oh, 2 minggu yg ku rindui). sebagai 'drebar'. sebagai khalifah. sebagai hamba Tuhan.

ini sahaja sudah kdg kala buat aku tidak cukup tgn, kdg kala tak cukup masa utk buat semua yg ku mahu dan harapkan, dan kdg kala aku sendiri yg men-tidak cukupkan masa yg memang tak cukup2.

bukan niat mahu mengungkit, cuma mahu mengungkap. agar tersingkap sedikit rasa kiciwa dan sedih di hati dek 'kegagalan' meraih apa yg diharapkan.

AH. BUKAN KEGAGALAN. CUMA KEJAYAAN YANG DILAMBATKAN
diri harus Pi O Es Ai Ti Ai Ef 
positif! 

benar kata Maulana Al-Maududi:
"manusia yang paling baik ialah mausia yang dapat menunaikan hak semua pihak"

bagi diri yg serba kekurangan ini, ia tidak mudah.

namun sekurang2nya, usaha harus ada! 
ilmu harus di dada!
jangan kau putus asa! 
kerana Allah sentiasa ada..



CORETAN PENDEK MINGGU INI
-pertama kali di saman (`_`)"
-3.5 something, tahniah Afiq Azfar! dan baru ku tahu, adikku yg sorang tu ambil bahasa arab rupanya. 
Allah.. kenapa tak bgtahu awl2? boleh kita tolong2 sikit, kat rumah hampir semua minat kot! dan bukan hampir, malah semua tak tahu dia ambil bahasa yg diminati itu sebagai salah satu subjek pilihan. oh, kecuali abah. tapi abah pon tak tahu, yg kitorang tak tahu. 

Sunday, June 10, 2012

not hocus-pocus. BUT FOCUS!

saya nak baca buku ni, tapi selalu je ada hal 
 saya nak hafal surah ni tapiii, tah, slalu tak sempat
saya nak tulis pasal ni dlm blog tapi....

TAPI !
TAPI !
TAPI !

brape byk tapi daaa..

masa itu sentiasa ada! tapi anda yg kena atur masa.
video ini sgt mengesan pd saya, dan insyaAllah adik sy juga, Amir Aliff  ^.^



p/s- pada anda yang mahu lebih produktif, walau sudah cukup produktit atau selalu rasa nak tapi tak dapat2 nak jadinya, video ini serba sedikit blh membantu, insyaAllah. :)

sblm ini sy tahu sy harus, FOKUS!

 in every SINGLE things i do. especially the minor. termasuklah makan, kdg2 oops tersembang lama. oops terambil biskut hup seng, yumm creamy crackers cicah coffeesedap ni, or teh susu, ok, pg bancuh jap lah. there -.-" pdhal sudah cukup2 kenyang. masa makan tu, sembang lagi,masa jalan, nak patahkan biskut lagi, masa jalan. 

TIME WILL NEVER WAIT FOR YOU!

ok farah, kali ni, awk harus....

EXTRAFOCUS!
bukan extravaganza (tiba2 terbayang jozan -.-)  maaf tersasar. tak related pon

Allahuakbar. see farah! nak tulis ni pon boleh ter'tak fokus'.

hmm. astaghfirullah. refresh hati.

p/s- rasa mcm nak tampal kat satu bilik banner macam ni:

dengan exclamation mark banyakkkkkk2 !!!!

"ya Rabb, rabbana min ladunka rahmataw wahayyiqlana min amrina roshada.."
(Our Lord! Give us mercy from Yourself, and arrange guidance for us in our affair)

aminn

-18:10-

penuh berharap,

Wednesday, June 6, 2012

air mata menyelubungi diri malam ini

aku dah agak.
tapi aku tetap berharap.


oh, 3 atau 4 lagi yang membezakan.
mana mungkin.

aku dah agak,
tapi aku tetap berharap,

jgn bersedih oh hati
jgn biar ia makan diri
jgn ia mamah keyakinan jati

krn Allah Maha Mengetahui.

oh Allah, redhokan lah hati ini,
oh Allah, redhoi lah usaha ini.