MY NAME IS FARAH NABILAH A.R. AND THIS IS A LOVE SHARING. WELCOME AND MAY PEACE BE UPON YOU :)

Saturday, January 25, 2014

seronoknya menimba ilmu. mari berkongsi dan berbincang :)

bismillahirrohmanirrohim 


fiuh! 3 hari nak rujuk segala fakta2 ini. mengalahkan buat assignment kat UIA! haha. takpelah, dah minat belajar, nak buat cmne. Moga ada manfaat dan penerimaan di sisi Allah swt. moga2. insyaAllah. 

berikut adalah perkongsian balas, untuk sebuah artikel awesome bertajuk maulidur-rasul-anugerah-ilahi oleh Brother Ibnu Hanaffi, di link 
http://amirulasyrafhanaffi.blogspot.com/2014/01/maulidur-rasul-anugerah-ilahi.html 



*DISCLAIMER*
Saya Farah Nabilah Abdul Rahman, pelajar ijazah pengkhususan dlm bidang Psikologi dan insyaAllah elektif dalam bidang Ilmu Wahyu (biiznillah) menulis ini sebagai seorang MASYARAKAT UMUM dan PENIMBA ILMU, dan bukan seorang kyai, si 'alimm atau si 'ariff yang boleh memberi fatwa, kata2 dijadikan dalil atau sebagainya. Berikut hanyalah PERKONGSIAN BALAS akan apa yg sy pelajari dan fahami, dengan dasar berkongsi dan berbincang ilmu, dan bukanlah untuk bergaduh, memandai2, memburukkan keadaan atau pun membesar2 kan perkara yang tak perlu diperbesarkan. Ini hanyalah perbincangan ilmiah, maka harapnya tiadalah yang memperbesar2kan pula hal ini. Harap dibaca dengan niat ingin sama2 belajar, dan membaca sampai habis sebelum 'melompat' kpd sebarang konklusi. Maafkan segala kedhaifan diri. Sekian, wassalam. 

Maka dengan ini, bermulalah penulisannya:


Pada suatu hari, tersebutlah kisah.. 

EH?

K tak kelakar :B 


begini:

" Bismillahirrohmanirrohim.

Assalamualaikum wrt wbt.

Terima kasih br atas penerangan yg jelas.

Spt yg br katakan di point ke 32,  “Mohon teguran di mana saya tersilap dan mohon maaf juga jika saya ada mengguris hati mana-mana pihak.”

Di sini, sy bukan lah niat nak menegur tetapi mungkin lebih kepada berkongsi pula perkara yg saya faham berkenaan perkara ini, yg mungkin boleh kt analisis sekali.

Sy terus kepada point2 tentang apa yg sy faham:

1.        Kegembiraan Abu Lahab sebagai contoh

a.       masyaAllah, sesungguhnya Allah swt itu sgt pemurah dan penyayang sifatNya. Tentu, alangkan Abu Lahab sendiri gembira, apatah lagi kita sebagai umat Rasulullah saw yang mengikuti ajaran yang disampaikan oleh baginda SAW, pasti berkali ganda kegembiraan kita. Tiada siapa pernah nafikan bahawa peristiwa kelahiran Nabi saw adalah peristiwa yang penting kerana ia pencetus kepada sebuah civilization dan menjadi asbab pembawa rahmat kepada umatnya yang mengikuti ajaran Rasulullah saw. Kita bersyukur kpd Allah swt dan kita gembira. Namun perkara yang menjadi persoalan di sini ialah, bagaimana cara kita melahirkan atau menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran kita? Adakah dengan cara yang diyakini akan diredhoi oleh Allah dan Rasul berdasarkan kesahihan, atau sebaliknya?

b.      Sudah tentu semua tahu bahawa cara untuk menunjukkan kecintaan kita pada Nabi Muhammad SAW adalah dengan melakukan apa yg diredhoinya kerana apa yg diredhoi oleh Rasulullah, akan diredhoi oleh Allah swt berdasarkan ayat dlm surah al-Imran, 31 :

c.       Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

d.       Dan antara cara untuk  membuktikan kecintaan pada Rasulullah saw ialah dengan  1) mendahulukan dan mengutamakan beliau dari siapa pun seperti yg disebut dlm hadis “Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah yang terbaik dari keturunan Isma’il. Lalu Allah pilih Quraisy yang terbaik dari Kinanah. Allah pun memilih Bani Hasyim yang terbaik dari Quraisy. Lalu Allah pilih aku sebagai yang terbaik dari Bani Hasyim.” (HR. Muslim no. 2276, Watsilah bin Al Asqo’)

e.      Seterusnya, ialah dengan 2)membenarkan segala yg disampaikan, 3)beradab, 4) mengikuti dan berpegang pada petunjuk beliau, 5) berhakim kpd ajaran nya, 6) membela ajaran dan 7) menyebarkan sunnahnya. Ini semua berdasarkan dalil2yang sahih dan tiada perselisihan pendapat.


f.        Maka, perkara yang menjadi persoalan sekarang ialah, adakah dengan mengadakan perayaan khusus pada dan sempena kelahiran Rasulullah saw, merupakan perkara yang diyakini kebenarannya dan penerimaannya dalam menzahirkan kecintaan kita pada Rasulullah saw?

g.       Kita katakan, ikutilah ajaran Rasulullah saw. Dan ada yg menyatakan, mana mungkin Rasulullah menyambut kelahirannya sendiri.

h.      Baik. Maka, siapakah yang perlu kita lihat, contohi, dan berhujah dengan selepas itu? Sudah pastinya para sahabat Nabi saw, tabi’en, dan tabi’ tabi’een.

i.         Seperti mana yang dibacakan dalam hadis:

Wahai Rasulullah, sepertinya ini adalah nasehat perpisahan. Lalu apa yang engkau akan wasiatkan pada kami?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda,
أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِى فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِى وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
Aku wasiatkan kepada kalian untuk bertakwa kepada Allah, tetap mendengar dan ta’at walaupun yang memimpin kalian adalah budak Habsyi. Karena barangsiapa yang hidup di antara kalian setelahku, maka dia akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh karena itu, kalian wajib berpegang pada sunnahku dan sunnah Khulafa’ur Rosyidin yang mendapatkan petunjuk. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham kalian. Hati-hatilah dengan perkara yang diada-adakan karena setiap perkara yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.”
(HR. Abu Daud no. 4607 dan Tirmidzi no. 2676. Hadits ini dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho’if Sunan Abu Daud dan Shohih wa Dho’if Sunan Tirmidzi)

j.      Ulama’ adalah kata jamak drpd perkataaan ‘alimm yang bermaksud, mengetahui, atau mereka yang mengetahui tentang perkara tersebut secara mendalam. Dan ‘ulamaa yang paling ‘alimm pastilah mereka yang hidup pada zaman Nabi Muhammad saw, dan mereka yang lebih dekat dengan itu. Ulama’2 kontemporari, masyaAllah, sudah tentunya kita menghormati dan mengambil pelbagai ilmu warisan mereka. Namun pada masa yang sama, kita juga harus jelas dalam kaedah2 memahami pendapat ulama’. Antaranya, saya quote terus: (rujukan dalam nota kaki 1)

a.  Berdasarkan ijma’ para ulama, tidak ada seorang pun setelah para sahabat yang   pendapatnya menjadi hujjah dalam masalah agama. Adapun para sahabat, maka pendapat mereka masih diperselisihkan apakah cukup kuat untuk dijadikan hujjah ataukah tidak. Sedangkan pendapat yang rajih (kuat) dalam masalah ini ialah bahwa pendapat sahabat adalah hujjah dengan syarat-syarat dan kondisi tertentu.
b.       Setiap ulama bisa benar dan bisa salah dalam berpendapat, dan yang menjadi patokan dalam masalah ini adalah dalil syar’i. Mereka hanyalah berijtihad yang bila benar mendapat dua pahala, namun bila salah mendapat satu pahala sedangkan kesalahannya diampuni. Akan tetapi kesalahan mereka tetap tidak boleh diikuti setelah kita mengetahuinya.
c.       . Berdasarkan ijma’ para ulama, siapapun yang telah jelas baginya ajaran/hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka tidak halal baginya untuk meninggalkan hadits tersebut karena mengikuti pendapat orang lain, siapapun orangnya

k.       Baik. Kt kembali pada persoalan tadi, adakah dengan beribadah dalam mengadakan perayaan khusus pada dan sempena kelahiran Rasulullah saw, merupakan perkara yang diyakini kebenarannya dan penerimaannya dalam menzahirkan kecintaan kita pada Rasulullah saw?

l.         Jika benar, siapa yang boleh men-sahih-kannya? Dan siapa yang lebih layak kata2 nya utk kita berpegang dengannya?

m.    Kita pergi pada point seterusnya.

__________________________________________________


2.      Berkenaan hujah tentang “kulla bidaatin dolalah wa kulla dolalatin finnaar”.

a.       Sy setuju bahawa kita tidak boleh sekejap mentakwil, dan sekejap tidak mentakwil dalil yang kita gunakan. Sy setuju yg kt harus bersikap adil. Kerana bersikap adil lah, para ulama’ tidak hanya menggunakan dalil ini untuk mengeluarkan maksud atau jenis bid’ah. Para ulama’ mengatakan bahawa maksud bid’ah (atau dari segi bahasa, perkara baru) yang merujuk kepada ibadah ini merangkumi dalil2 yang lain juga seperti:

i.                     Man ahdasa fi amrinaa haza ma laisa minhu fahuwa roddu
 “Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak” (HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

ii.             “Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan berasal dari kami, maka amalan tersebut tertolak” (HR. Muslim no. 1718

                Hadis2 sahih tersebut semuanya merujuk kepada perkara ibadah.  Adapun perkara2 seperti yg br. cakapkan, FB, twitter, kereta, itu semua termasuk dlm perkara2 muamalah atau perkara2 dunia yg dibenarkan utk ber’bid’ah’, atau dlm kata lain, dicipta baru, seperti mana yang dinyatakan oleh Rasulullah saw sendiri, melalui kata2 Baginda saw:

iii.                  “Kalian lebih mengetahui tentang urusan dunia kalian” (HR Bukhari)

  Sejarah hadis ini adalah apabila Rasulullah saw mencadangkan agar di’kahwinkan’ benih pokok, namun hasilnya kurang menjadi, dan ini respon baginda saw.

b.      Kemudian, kita pergi kepada punca masalah perbezaan pendapat kita iaitu:  bid’ah hasanah. Atau dengan lebih tepat, bid’ah mahmudah. Tidak dinafikan beberapa tokoh sarjana Islam telah menggunakan istilah ini, kerana ia disebut oleh beberapa ulama contohnya seperti Imam Syafi’e, Imam al-Nawawi dan Imam al-Sayuti, rahimahumullah.

c.       Namun, setelah kajian yang teliti dilakukan oleh para ulama’ sendiri, mereka mendapati maksud bid’ah mahmudah yang disebut adalah merujuk kepada bid’ah mahmudah, dari sudut BAHASA. Dan bukan syar’ie. Atau dalam kata lain, perkara2 duniawi, bukan
perkara2 ibadah.

d.      Terdapat penjelasan yang panjang tentang hal ini, jika dikupas satu persatu kata2 ulama’ ini memang akan panjang. Namun di sini, sy ambil kata2 seorang ulama’ iaitu Imam al-Sayuti dan nyatakan  penjelasan secara ringkas akan maksud sebenar kata2 nya.

e.      Dalam kata2 As-Sayuti tentang perkataan bid’ah hasanah, beliau merujuk kepada perkara2 yang bukan merangkumi ibadah, namun perkara2 muamalah. Di sini sy quote-kan kata2 beliau:

f.        “Bid‘ah Hasanah disepakati keharusan membuatnya. Juga disunatkan demi mengharapkan pahala bagi sesiapa yang baik niatnya. Iaitu setiap pembuatan bid‘ah yang bertepatan dengan kaidah-kaidah syarak tanpa menyanggahinya sedikit pun. Perbuatannya tidak menyebabkan larangan syarak. Ini seperti membina mimbar, benteng pertahanan, sekolah, rumah (singgahan) musafir dan sebagainya yang terdiri dari jenis-jenis kebaikan yang tidak ada pada zaman awal Islam. Ini kerana ia bertepatan dengan apa yang dibawa oleh syariat yang memerintahkan membuat yang ma’ruf, tolong menolong dalam kebaikan dan taqwa.” (al-Sayuti, al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’, m.s. 25.)

g.       Di sini, dapat kita lihat contoh yg diberikan tiada langsung berkenaan ibadah, namun perkara2 muamalah. Bahkan, Imam al-Sayuti sendiri tidak menyifatkan ibadah2 khusus yang tiada dalil sahih dari Nabi saw sebagai bid’ah hasanah. Contohnya, berkenaan solat raghaib:

h.      “Ketahuilah olehmu, semoga Allah merahmatimu, sesungguhnya membesarkan hari tersebut dan malamnya (hari dan malam Jumaat pertama bulan Rejab) hanya perkara baru yang dibuat dalam Islam selepas 400 tahun. Diriwayatkan mengenainya hadith yang palsu dengan sepakat ulama yang mengandungi kelebihan berpuasa pada siangnya dan bersolat pada malamnya. Mereka menamakan solat Raghaib … Ketahuilah sesungguhnya solat yang bid‘ah ini menyanggahi kaedah-kaedah Islam dalam beberapa bentuk.”
(al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’, m.s. 52 & 54 (nukilan berpisah))

i.         Dalam ayat ini, al-Imam al-Sayuti rahimahullah tidak menamakan solat ini sebagai Bid‘ah Hasanah sekalipun ia disebut dalam beberapa kitab seperti Ihya ‘Ulum al-Din. Jika setiap yang dianggap baik dilabelkan sebagai Bid‘ah Hasanah maka solat ini juga patut dianggap Bid‘ah Hasanah. Namun mengada-adakan perkara baru dalam cara ibadah bukanlah Bid‘ah Hasanah.

j.        Berikut adalah penjelasan ringkas tentang maksud sebenar salah seorang imam yang menggunakan istilah bid’ah hasanah/mahmudah. Untuk penjelasan yang lebih lanjut akan maksud sebenar istilah yang digunakan oleh ulama2 lain (e.g .Imam Syafi’e dll, boleh rujuk buku “Bid’ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami, Dr. MAZA” atau link nya, http://www.hafizfirdaus.com/ebook/BidahHasanah/Bab2.htm

k.       Jika terdapat persoalan tentang perkataan ‘bid’ah’ yang disebut oleh Umar r.a. tentang solat terawikh, ia juga merujuk kpd perkataan ‘bid’ah’  dari segi bahasa atau keadaan. Kerana Rasulullah saw sebenarnya juga melakukan solat terawikh pada zaman baginda saw. Untuk penjelasan lanjut, boleh rujuk: http://www.hafizfirdaus.com/ebook/BidahHasanah/Bab3.htm atau  http://muslim.or.id/manhaj/mengenal-seluk-beluk-bidah-2.html

l.         Jika terdapat persolan tentang pengumpulan Al-Quran, ia bukanlah bid’ah hasanah kerana ia merupakan ijmak para sahabat, sedangkan perayaan maulid Nabi tidak ada ijmak para sahabat. Untuk penjelasan lanjut, boleh rujuk
 http://muslim.or.id/soal-jawab/soal-146-pengumpulan-al-quranbidah-hasanah.html


__________________________________________________

  

3.       Tentang hukum

a.       Sefaham saya, apabila berhukum, ada beza antara ibadah dan muamalah (atau adat).

Hukum segala perkara ibadah: asalnya adalah haram melainkan yg disyariatkan.
Hukum segala perkara muamalah: asalnya adalah harus/dimaafkan melainkan yg diharamkan.

b.      Perkara2 muamalah ini, sekiranya dilakukan untuk 1. meraih redho Allah swt, dan 2. dlm rangka untuk menyempurnakan ibadah (e.g., makan, bekerja, mengemas etc) ia juga dikira sebagai ibadah yg lebih luas rangkanya, atau lebih dikenali sebagai ibadah umum. Perkara2 muamalah ini jika tidak dilakukan, maka tidak dapat menyempurnakan ibadah.  E.g. kalau tidak makan, bagaimana nak sihat dan beribadah. Kalau tidak bekerja, bagaimana nak sara diri dan beribadah dengan baik. Ia adalah perkara muamalah yg digelar ibadah UMUM kerana ia dilakukan utk redho Allah dn utk menyempurnakan ibadah. Maka segala hukum untuknya jatuh di bawah hukum perkara muamalah.

c.        Ini sekaligus menafikan kata2 seperti “kalau bid’ah tak boleh untuk perkara ibadah saja, makan benda baru yg Nabi tak makan pon x boleh, sebab makan pon dikira sebagai ibadah”. Ya, ibadah umum, yang asalnya adalah muamalah. Jadi hukum perkara muamalah ialah: asalnya harus melainkan yg diharamkan.

d.      Berikut adlh kaedah yang digunakan oleh ulama Syafi’iyyah:

Hukum asal ibadah adalah tawaqquf (diam sampai datang dalil)” (Ibnu Hajar rahimahullah, dalam Fathul Bari, 5:43)

Penetapan ibadah diambil dari tawqif (adanya dalil)” (Ibnu Hajar rahimahullah, dalam Fathul Bari, 2: 80).

Imam ibn Taimiyah juga ada menjelaskan tentang perkara ini:

“Hukum asal ibadah adalah tawqifiyah (dilaksanakan jika ada dalil). Ibadah tidaklah diperintahkan sampai ada perintah dari Allah. Jika tidak, maka termasuk dalam firman Allah (yang artinya), “Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah?” (QS. Asy Syura: 21).

 Sedangkan perkara adat (non-ibadah), hukum asalnya adalah dimaafkan, maka tidaklah ada larangan untuk dilakukan sampai datang dalil larangan. Jika tidak, maka termasuk dalam firman Allah (yang artinya), “Katakanlah: “Terangkanlah kepadaku tentang rezki yang diturunkan Allah kepadamu, lalu kamu jadikan sebagiannya haram dan (sebagiannya) halal” (QS. Yunus: 59). Oleh karena itu, Allah mencela orang-orang musyrik yang membuat syari’at yang tidak diizinkan oleh Allah dan mengharamkan yang tidak diharamkan. (Majmu’ Al Fatawa, 29: 17).

e.     Memandangkan mengadakan suatu perayaan ibadah KHUSUS pada dan sempena hari kelahiran Rasulullah saw adalah suatu perkara ibadah, maka perkara yang perlu kita tanya ialah, di mana dalil yang mensyariatkannya? Dan bukan lah pertanyaan, di mana dalil yang mengharamkannya? Bahkan imam Malik r.a. pernah berkata :

Umat saat ini tidak bisa menjadi baik melainkan dengan mengikuti baiknya generasi Islam yang pertama

f.     Melakukan ceramah2 berkenaan Rasulullah saw, sejarah perjuangan dan sebagainya secara berterusan dan bukan khusus untuk perayaan sambutan Mauliduurasul adalah berlainan konteksnya.
__________________________________________________



4.       Doa

a.        Doa bermaksud permohonan. Sudah tentu kita boleh memohon apa saja daripada Allah swt. Allah memahami segala permohonan hamba2 Nya tidak kira lah dalam bahasa apa dan bagaimana ayatnya disusun sekalipun. Jadi, berdoa dengan doa yang kita ucapkan sendiri bukan lah bererti mencipta ibadah yang baru kerana doa itu adalah ibadah yang disuruh oleh Allah swt, diajar Rasulullah saw dan diamal oleh Khulafa’ Ar-Rasyideen. Sudah pasti adalah lebih afdhal mengamalkan doa2 yang diajarkan oleh Rasulullah saw, namun pada masa yang sama, tidak lah menjadi dosa atau dikira mencipta ibadah yg baru jika kita menyebut doa dengan Bahasa atau susunan ayat sendiri, selagi ia tidak bertentangan dengan perkara2 yang dilarang tentang doa. Contohnya seperti mendoa berharap kematian, disegerakan hukuman di dunia, dll yang mempunyai dalil2 sahih dari hadis Rasulullah saw.

b.      Contoh hadis: “Jangan sekali-kali salah seorang dari kalian mengharap-kan kematian karena suatu bahaya yang menimpa diri-nya. Jika dia harus mengharap kematian, hendaknya dia mengatakan, ‘Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan lebih baik bagiku, dan wafatkanlah aku jika wafat adalah lebih baik bagiku.’” (HR. al-Bukhari, no.6351 dan Muslim, no.2680)

c.       Satu lagi, kalau pon kita mahu berdalil dengan kisah Rafi’ah dan doa beliau, pada waktu dan ketika itu, terdapat Rasulullah saw yang boleh memberi pendalilan dan jaminan bahawa apa yg dilakukan itu dibenarkan atau tidak. Sekalipun beribadah mengadakan perayaan khusus pada dan sempena kelahiran Rasulullah saw, siapa yg boleh menjamin kesahihan penerimaannya? Sedang para ulama’ muktabar sendiri sering memperingatkan tentang bahaya nya kesan bid’ah. Sedang para sahabat, tabi’, tabi’ tabieen yang lebih memahami agama ini sendiri tidak melakukannya, maka mengapa perlu kita? Dari manakah sebenarnya asal perayaan ini?


5.     Tarikh sebenar kerasulan Rasulullah saw.

a.     Saya tidak nafikan yang terdapat perbezaan pendapat berkenaan tarikh sebenar kelahiran Rasulullah saw. Yang pastinya, Rasulullah saw lahir pada hari Isnin, tahun Gajah.
Dan berkenaan fakta yang diberikan br., ada sedikit perbezaan kerana sepanjang pembacaan saya, tarikh yang paling tepat yang dipersetujui oleh kebanyakan para sejarawan, ahli falaq dan ahli pengkaji ialah antara 8hb atau 9hb Rabiul Awal. Namun begitu, memang tiada tarikh tepat yang dipersetujui oleh SEMUA yang mengkaji. Antara punca kegagalan penemuan ini adalah kerana tindakan para sahabat Nabi saw yang tidak merayakan perayaan tersebut.

b.      Br. juga mungkin berminat untuk membaca sejarah perayaan Maulid ini, yang secara konklusinya, sepanjang pembacaan saya, terdapat dua versi.

c.     Versi pertama, dalam Fatwa Al-Azhar, dikatakan perayaan maulid ini bermula dari kerajaan Syiah Fatimiyyah oleh salah seorang ketua yang bernama Al-Muiz. Mereka juga menyambut kelahiran ahlul2 bait, peristiwa isra’ mi’raj dan perayaan tahun hijrah. Perkara2 ini dilakukan untuk mengambil hati rakyat kerana takut digulingkan rakyat dan bagi mengekalkan kuasa, memandangkan setelah kaum Syiah mendirikan egara sendiri di Mesir dan Syam (yg mereka namai Al-Fathimiyyah) , kaum muslimin di sana tidak menyukai cara pemerintahan mereka.  

d.      Berdasarkan sejarah yang direkodkan ini, ia menunjukkan tujuan utama wujudnya maulid bukanlah untuk menunjukkan kecintaan pada Rasulullah saw namun untuk mengekalkan kuasa dan menambat hati rakyat agar kuasa mereka tidak digulingkan rakyat.
(Al-Ihtifal bi al-Maulid an-Nabawi, Nasy’atuhu-Tarikhuh-Haqiqatuh-Man Ahdatsuh, Ibrahim bin Muhammad al-Huqail, hal: 5).)


e.      Ada juga yang merekodkan bahawa 12hb Rabiul Awal juga adalah tarikh kewafatan Rasulullah saw.  Br. mungkin blh baca selanjutnya di sini http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=184

f.        Persoalan yang mungkin timbul ialah, wajarkah kita merayakan Mauliddur Rasul yg juga merupakan hari atau bulan perkabungannya?

g.       Versi kedua, masa Crusade wars. Process of acculturation took place. Christian cuba untuk menerapkan nilai2 mereka dalam ajaran Islam, maka terdapat beberapa adat dan perayaan mereka yang sedikit sebanyak mempengaruhi amalan Muslims, termasuklah sambutan perayaan kelahiran Rasulullah saw, yang diadaptasi dari sambutan kelahiran Jesus, yang dinamakan Christmas (Christ + Mass).
______________________________________________________

6.      Contoh Laylatul Qadr.

Bagi saya, secara peribadi, perbandingan ini mempunyai fallacy. Bagaimana ye Laylatul Qadr, yang mempunyai dalil sahih akan waktunya (iaitu antara 10 terakhir Ramadhan) dan mempunyai dalil sahih, akan fadhilat untuk mencari dan mengimarahkan malam2 tersebut, boleh disamakan dengan sambutan khusus Maulid Nabi, yang tiada kata sepakat akan tarikhnya, dan tiada dalil sahih akan fadhilat untuk merayakannya?
______________________________________________________


7.       Sebenarnya banyak lagi yang boleh kita bincang dan bahaskan tentang perayaan maulid nabi saw. Tetapi, setelah saya kaji, menganalisis pendapat2, saya fikir, sungguhlah mengapa bersungguh benar kita dalam mempertahankan perkara yang terlalu banyak hujah yang menafikannya, sedangkan terdapat sungguh banyak lagi ibadah2, yang memang datang dari sandaran dalil yang sahih dari yang TERBAIK, dan tiada yang lebih baik dari itu. Sungguh banyak lagi cara2 untuk menunjukkan yang kita menyayangi Rasulullah saw dengan cara yang diyakini kebenarannya. Apakah sudah selesai kita melakukan ibadah2 yang sahih sehingga kita perlu bertungkus lumus mempertahankan ibadah baru yang ulama2 sendiri telah menjelaskan penafian kebenarannya? Risau, apabila terdapat banyak pendapat yg kuat menukilkan ia termasuk dalam perkara bid’ah, risau sia2 amalan kita. Lagi pula, yg sy belajar, 2 syarat amal diterima ialah : ikhlas, dan ittiba’urRasul.

8.       Namun begitu, tentang pahala, niat, bagi mereka yang tidak mengetahui, tidak lah kita menilai apa yg di sisi Allah swt. Kita hanya boleh nilai apa yg kt boleh nilai, iaitu apa yg dizahirkan. Dan kita hanya berbincang akan isu yg zahir.

9.       Adapun kita sebagai seorang penuntut imu, suka untuk sy quote kata2 dari Imam Syafie rahimahullah iaitu:

10.   Jika terdapat hadits yang shahih, maka lemparlah pendapatku ke dinding. Jika engkau melihat hujjah diletakkan di atas jalan, maka itulah pendapatku.” (Majmu’ Al Fatawa, 20: 211.)

Jika kalian mendapati dalam kitabku sesuatu yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka sampaikanlah sunnah tadi dan tinggalkanlah pendapatku –dan dalam riwayat lain Imam Syafi’i mengatakan– maka ikutilah sunnah tadi dan jangan pedulikan ucapan orang.” (Al Majmu’ Syarh Al Muhadzdzab, 1: 63.)


11.   Tidaklah saya ingin menghukum sesiapa di sini, tetapi, dalam perkara2 berkenaan ibadah yang baru diwujudkan ini, adalah lebih baik jika kita mengambil jalan yang sahih dan selamat, dan bersih dari sebarang penafian oleh mereka yang jauh sudah mengkaji perkara2 sebegini, iaitu para ulama’ sendiri. Bahkan, tentu Nabi Muhammad saw, para sahabat, tabi’ tabieen adalah mereka yang lebih memahami akan maksud hadis, serta ajaran Islam itu sendiri. Dan sudah pasti, setelah kita bertungkus lumus beribadah, kita mahu agar ia diterima oleh Allah swt, dan tidak risau ia menjadi sia2 dengan beramal pada perkara yang tidak diragui kebenarannya.

12.   Lagi pula, Imam Malik r.a. pernah berkata:

13.   Sesiapa yang membuat bid‘ah dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini.” (al-Syatibi, al-I’tishom, m.s. 35.)

14.   Benar, perkara tentang maulid ini bukanlah perkara akar dalam Islam, kerana ia merangkumi rangka ibadah dan bukan aqidah. Ada banyak juga perkara lain yang penting. Namun, saya menulis perkongsian balas ini kerana sy mengenali saudara dan berkongsi atas dasar ilmu. Saya tidak lah menjatuhkan mana2 fatwa kerana sy bukan lah seorang yg  ‘alimm dan ariff dlm soal agama, tetapi ini hanyalah perkongsian balas seorang Muslim, msyrkt umum, yang terhad ilmu dan pengetahuan, namun sentiasa ingin menimba dan mengamal ilmu yang benar.

15.   Seperti br juga, mohon teguran di mana saya tersilap dan mohon maaf juga jika saya ada mengguris hati mana-mana pihak.

16.   Untuk rujukan, saya telah bertanya dan mendengar penjelasan dari para ilmuan yang berbeza, buku, dan pelbagai laman2 yang ada sumber. Jika br mahu rujukan, boleh saya beri insyaAllah.

17.   Jazakallahu khair juga kpd br kerana telah mmberi sy peluang utk berbincang dan berkongsi ttg perkara ini. Moga Allah ampunkan segala kesilapan kita, membersihkan hati kita, dan membimbing kita di atas jalan yang lurus hingga ke hembusan terakhir.

18.   Sy akhiri juga dgn selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”
(Hadis Riwayat an-Nasaa’i, 5/67, no. 1275. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan an-Nasaa’i, 3/436, no. 1292.)

19.   WALLAHUA’ALAM. Wassalamualaikum wrt wbt.