MY NAME IS FARAH NABILAH A.R. AND THIS IS A LOVE SHARING. WELCOME AND MAY PEACE BE UPON YOU :)

Sunday, June 22, 2014

Sana'a #1

bismillahirrohmanirrohim

"I had never been in a third world country or specifically, underdeveloped country before. This is the first, and subhanaAllah, there are just sooo many things to contemplate. And its a perfect place for a perfect time. A Ramadhan breakthrough. inshaAllah"


1.     Hari ini hari ketujuh di sini. Hari Ahad. Bukan Hari Cuti. Genap seminggu.

2.     Bagaimana keadaan di sini?

3.     Mari kita mulakan dengan cuaca. Cuaca di sini kering dan berangin.  And yes, its ardhul kinanah. Bumi kering kontang. Melihat dari foto dan melihat sendiri di hadapan mata sangat berbeza rasanya. Imagining the wind is not the same as feeling the wind with your own hand.

4.     Dihembus tiupan angin dan debuan ini sesungguhnya menjadikan pemakaian jubah beserta niqab bertambah efisien. Cuaca yang kering menyebabkan kami kurang berpeluh (macam tak berpeluh pon sebenarnya), jadi mandi pon baru dua kali. Tak mashem ok. Its summer here, so the day is longer than the night time. Kecerahan jam 5 pagi di sini persis 9 pagi di Malaysia. Kecerahan jam 7 petang di sini pula persis 5 petang di Malaysia.

5.     Bila keluar jejalan tu konon2 awal lagi, sekali azan maghrib berkumandang da.

6.     Oh waktu. Here in Yaman, its late 5 hours than Malaysia. Prayer time, subuh sangat awal sebab night time shorter kan. 4.10 am sudah masuk waktu subuh (June 2014.)

7.     I rarely travel outside Malaysia (paling jauh Indonesia, and kalau dengan kawan2 saja, Singapura baru deh, maka lps ni siapa nak buat study trip ka apa mohon ajak pls), hence I was very excited and subhanaAllah, somehow all the feelings mixed up before nak datang. Rasa happy, excited, nervous, risau tak capai hadaf (objektif), tetiba cancel last minute dan sebagainya campur2 mcm rojak dah sebab tak dapat nak differentiate what I was feeling all that while. Even rojak pon kt still boleh identify mana tauhu, mana kacang. Ihi. Ni nak bgtahu kwn2 pon mcm hesitate.

8.     But, Alhamdulillah, here I am already, kaki sudah pon menapak di bumi Yaman ini, Alhamdulillah. Rancangan asal utk travel 2 org saja sama adik, akhirnya membiakkan manusia yang mengikuti sehingga 7 org jumlahnya. And verily, Allah is the Best Planner J

9.     Our place is actually located at the outskirt of the city. We are living in fuqara’ (poor ppl) area. So every time I looked out the window, or step outside the house, it really triggers me to contemplate more. Kalau ada foods lebih yg dah tak boleh makan, rasa saaayang nak buang itu melonjak2 lebih lagi dari di Malaysia, because we have neighbors around who sometimes don’t even have anything to eat for dinner.

10.                        So usually when the foods provided banyak sgt, we’ll saved them to give out to the people around . Somehow, I GUESS, kalau kat Malaysia tu, kira kita tinggal kat tengah2 area Chow Kit gitu. Bcs when we step outside the house and walk few minutes infront, nanti ada yang datang minta bantuan wang atau makanan.

11.                         Jadi, kalau rasa hidup dah selesa sgt sampai tak appreciate apa yg Allah dah kurnia tu boleh lah datang tinggal area2 begini.

12.                         I remember one of my friends said, kat sana, iman macam gini (tangan tunjuk level tinggi), antara sebabnya tiada yg buka aurat. Hm. Kata2 itu bermain2 dalam minda.

13.                        Sudah biasa sangat dengan kemajmukan Malaysia, tak sedar bagaimana persekitaran yang tidak mendedahkan aurat banyak membantu. At least to my own imann.

14.                        Kawasan sini mempunyai ketidakseimbangan saluran kahrobaak, atau dalam Bahasa Melayunya, saluran tenaga elektrik. Sepanjang kami tinggal di sini, selalunya elektrik disalur bermula waktu 7/8 malam, dan akan tutup semula dalam pukul 11 malam. Seterusnya dalam pukul 5-8 pagi.

15.                        Kawasan ini juga tidak mempunyai saluran air yang bersambung dengan daerah2 lain. Kiranya bangunan yang kami tinggal ini, mempunyai takungan air nya sendiri. Dan disebabkan sumber air yang terhad, penggunaan air juga diterhadkan. Sebab itu juga, Alhamdulillah cuaca yang membuatkan badan kami tidak perlu mandi setiap hari membantu kami dalam menjimat penggunaan air.

16.                        Mengetahui informasi ini mendesak kami untuk benar-benar berhemah dalam menggunakan air.*tiba2 Bahasa melayu penuh* Tika ambil wudhu’ atau basuh pinggan, air yang dilepas keluar hanyalah sebesar radius marker pen, atau kadang lebih kecil dari itu.

17.                        Kehidupan yang disajikan di sini benar telah mencuit si hati dan perasaan. Di Malaysia, bila keperluan tenaga elektrik dan air sentiasa mencukupi, tidak benar-benar melatih diri untuk menghargai sebaiknya. Sebab itu masa catuan air bulan 4/5 itu hari, telah juga membantu memuhasabah diri.

18.                        Melihat pada kekurangan sumber yang ada, menyoal diri tatkala melihat manusia2 yang membuka paip air dengan sangat kuat tika ambil wudhu di Masjid Shah, UIA. Catuan itu catuan sementara. Kekurangan yang dihadapi dirasai sementara. Tapi di sini, setiap hari. Manusia, memang selalu fitrahnya begitu. Apabila kekurangan, baru menghargai benar kewujudan dan keperluannya.

19.                        Dari segi sistem pula, ihi, tak ariff lah nak berceloteh panjang untuk itu. Tapi di kawasan ini, nampak gayanya, inche2 drebar sini semuanya kalau ikut JPJ Malaysia, tak lepas lah lesen P tu. Penumpang teksi dan drebar sini boleh aja potong masuk wrong way sebab nak cepat dan tak mahu U turn kat depan. 

20.                          And you know what, despite all these scarce resources (oh lupa nak habaq. Sini petrol pon ada timing), I feel very peaceful though. The people here (im living in kawasan pedalaman and fuqara’ area, as mentioned above) they really don’t have much, but subhanaAllah, they are very, very very nice. Never did I feel stressed looking at em u know. subhanaAllah. Hm J

21.                        Sekian, macam dah panjang sangat je berceloteh. Sungguh, saya ini seorang yang tidak mudah dapat mengembara jauh2 walau saya gemar. (kalau ada yang nak sponsor lain cerita :B). Untuk perjalanan kali ini pon dirancang dari awal, berharap agar diri tidak menyusahkan mana2 pihak (at least secara berlebihan ;B). Jadi, untuk kali ini, pengembaraan mencari ilmu dan hikmah bersama adik dan sahabat, menanti beribu mutiara di hadapan, biiznillah.
 
22.                        Melalui hari-hari Sha’ban di medan Shari' Annasr, Sana'a, Alhamdulillah memberi ruang pada diri untuk bersedia dengan lebih untuk Ramadhan kali ini. Moga-moga Tuhan sentiasa memberi kita kekuatan dan kecekalan untuk menapakkan diri agar makin dekat dengan Nya.      

24.                        Ameen! Kbye uolz. Assalamualaikum 





















Sunday, June 15, 2014

Warkah dari Bonda.

Bismillahirrohmanirrohim.

Assalamualaikum dari bonda pada anakanda kesayangan sekalian.

Jam di laptop bonda skrg menandakan pukul 4:13 pagi, dan bonda msih belum tidur, dan memang merancang utk tak tidur atau tidur sikit sangat sebab sebentar lagi bonda akan berada dalam kapal terbang selama jangkaan 12 jam, utk pengalaman hidup dan perjalanan mencari ilmu Tuhan bertempoh 3 bulan di Yaman, inshaAllah. Bonda mohon doa kalian agar ilmu yg didapatia dalah ilmu yg membuahkan amal dan taqwa, yg menyebabkan makin berisi padi, makin menunduk pada Ilahi.

`Tujuan bonda menulis warkah ini bukanlah utk bercerita tentang perjalanan bonda, namun untuk anakanda yang sedang atau bakal memulakan gerak kerja dalam usaha membangun insan berkiblat Tuhan Yang Esa. Pasca satu semester kita bersama, kini tiba giliran anakanda pula untuk menggunakan platform yang sedia ada dalam mencapai visi LoveLetters Project. “To inculcate the feeling of urgency in understanding, apply and share the words of Allah swt”. Salah satu visi projek2 bawa biro2  QYC yang ingin mencapai visi besar “towards a unique Quranic generation”.

Kalau ikut Subjek Understanding Islam/Basic Themes of AlQuran yang wajib diambil semua ketika di CFS (kecuali pelajar sekolah agama yg disubstitute dengan subject Comparative Religion), tugas seorang Muslim di dunia ini ada 2, hamba dan khalifah.

Kalau ikut Visi Study Circle dari department CCAC, tugas seorang Muslim di dunia ada 4, ibadurrahman, khalifah, ummatan wasotan dan rahmatan lil ‘alaminn.

Kalau ikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan yg menggantikan Falsafah Pendidikan Negara 1988 pula, tugas kita adalah utk menjadi seorang yang harmoni dan seimbang dari semua sudut, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan pd Tuhan, DAN menyumbang kembali kpd masyarakat dan negara.

So kita, a Muslim, and at the same time, a Malaysian, mari lah kt sama2 merealisasikan visi kita yg diberi sebuah roh dan kehidupan, serta visi kita mendapat peluang menimba ilmu di negara ini dengan menyumbang kembali pada kadar kemampuan kita. Jika anakanda bersetuju dengan apa yg Love Letters Project cuba ketengahkan, maka besar harapan bonda agar anakanda juga jelas yang ini merupakan salah satu dari jalan2 utk merealisasikan visi kita ini yang bernama manusia. Hadirnya kita di dunia, bukan untuk dikotak katikkan dunia, tapi utk mengotak ngatikkan dunia, eh? Tak sebenarnya maksud bonda, the world is like a canvas, you don’t see the world like ooo so this is the world, I have to enter and submit. No, it’s actually the other way around. U can do anything that u want to this world, but whatever you do, comes with responsibility and accountability, bcs the canvas is actually not yours, it’s given to you, but you don’t own it. Kanvas itu pula: Corak cantik2, dapatlah cantik2. Corak dengan racun, dapat lah kerosakan. Hence remember my dear, you are here to change the world, don’t let the world change you.
            
    Pemergian bonda nanti mungkin akan menyukarkan sedikit komunikasi antara kita, oleh itu bonda pohon ampun dan maaf dari awal atas segala kesulitan. Namun bonda percaya, Tuhan tidak pernah meninggalkan ankanda bonda terkontang kanting. Saluran bantuan sentiasa ada. Bonda pon hanyalah salah satu cara Tuhan memberi bantuan pada anakanda sekalian. Bonda harapkan, adanya 3 perkara sepanjang proses usaha murni anakanda nanti: 1. Perancangan yang rapi dari anakanda yang dikurnia kebijakan yang mengagumkan dari Tuhan. 2. Komunikasi serta perbincangan yang jelas antara pasukan, serta penjagaan ukhuwwah sesama kalian 3. Tazkirah dan peringatan yang berterusan tentang Tuhan dari mana pun saluran itu,dan tentulah dari pasukan sendiri yang paling bonda tekankan.
           
     Jika anakanda mempunyai sebarang kesulitan atau perlu merujuk pada pihak atasan, ankanda boleh bertanyakan pada Encik Daeng Ahmad Luqman selaku Ketua biro ini, Cik Diba Zul dan Encik Halim Aziz selaku person in charge untuk biro ini. Hubungan baik antara kalian amat penting dalam mendapatkan proses kerja yang lebih lancar. Kadang ada perkara yang dibincangkan oleh pihak atasan yang perlu diketahui kalian, maka bonda mohon guna kan lah sifat malu yang ada sesuai pada tempat nya. apabila ia datang pada kerja, fikir apa yang efisien untuk kesuluruhan proses. Kadang kita yang harus menjadi burung Hud2, proaktif, kerna manusia itu sifatnya pelupa. Jadi usah malu bertanya, usah malu dipandang ‘kurang tahu’, asal kita jelas, niat kita bertindak begitu. Yang menilai kita Tuhan, bukan manusia, itu, bonda yakin anakanda sudah jelas benar. Lagi satu anakanda ku sayang, the most successful people are always a self-starter. They don’t rely on others to start going. They rely on God.
                
      Akhir sekali.., *bonda sedar ada yang sudah mula senyum lega, sampai juga perkataan ‘akhir sekali’, maaf lah dapat bonda yang suka membebel*, adlh menjadi tanggungjawab dan atas dasar kasih untuk bonda ingatkan pada anakanda sekalian, bahawasanya di dalam sesubuah perjuangan, rasa kejatuhan pasti ada, ujian menyesakkan jiwa pasti mendatang, kerna sesungguhnya, mengharap senang dalam berjuang, bagai merindu rembulan di tengah siang~. Bonda setuju dengan kata2 saujana itu. Masakan tidak, alangkan para nabi dan sahabat yang dicintai Allah swt itu, yang imannya mashaAllah itu, diuji sehingga kan terkeluar dari bibir mereka pertanyaan “di manakah bantuan Tuhan?”. Makin tinggi kita usaha beriman, makin sayang Allah dalam membantu kita membuktikannya. Oleh itu anakanda ku sayang, perasaan tawakkal itu harus bermula dari awal. Seiring dengan usaha. Tiada satu ujian yang hadir bersifat untuk melemahkan, setiap darinya beserta hikmah dan bersifat menguatkan. Maka sentiasa lah positif dan dekat dengan Allah swt, kerna kekuatan yang sesiapa pon di dunia ini dapati,bukanlah dari kudrat mereka, tetapi dari Sumber Kekuatan yang Sempurna dan Kekal, tiada lain tiada bukan melain kekuatan dari Tuhan. Bonda sangat idamkan, dan mengharap, dan merayu Tuhan, agar hati-hati kita ini, bertaut, atas nama Tuhan. Kerna hanya itu yang bonda percaya, bisa buat manusia menyatu dan meneguh, tanpa terselindung sebarang perasaan hodoh.

                Sekian sampai di sini sahaja warkah bonda kali ini, bonda mohon ampun atas segala salah silap bonda yang sungguh banyak kekurangan ini. ketahuilah anakanda, kehadiran anakanda dalam hidup bonda adalah sesuatu yang amat bermakna sekali. Selamat berjuang, anakanda ku sayang. Semoga ikatan hati bersama Tuhan, sentiasa mengalir dan mengukuh. Sama-sama bantu jom!

“Ke arah pembangunan insan berkiblat Tuhan”

(Perasan) Bonda,
Farah Nabilah bt Abdul Rahman.
15/06/2014