MY NAME IS FARAH NABILAH A.R. AND THIS IS A LOVE SHARING. WELCOME AND MAY PEACE BE UPON YOU :)

Tuesday, December 31, 2013

petunjuk

bismillahirrohmanirrohim

Makin banyak aku belajar, makin banyak pendedahan aku tentang sesuatu perkara, especially tentang agama aku sendiri. Dan pendedahan demi pendedahan ini, makin banyak membuatkan aku banyak persoalan, especially tentang agama aku sendiri, again. Persoalan2 ini tanpa sedar membuatkan aku mula menilai agama aku dari pandangan yang berbeza arah, bukan sahaja dari arah pandang seorang born-muslim-in-a-muslim-family-living-in-a-muslim-country. Namun sebaliknya. Terkadang, ada persoalan yang, kalau aku belum dapat jumpa jawapan, aku gelisah, sebab ia membabitkan aqidah atau ada potensi untuk mewujudkan misconception in Islam. Namun Alhamdulillah, sebelum trigger2 (baca: trigger bukan tiger) ini terjadi, aku didedahkan dan dididik oleh mereka2 utk tidak takut bertanya apabila tidak faham, atau meragui sesuatu, dengan niat ingin belajar dan memahami. Dalam Islam, semua perkara ada jawapan, direct atau indirect. Dan kdg2, ada soalan yang belum aku dapati jawapannya, kerana kekurangan masa menggalinya, dan aku minta pd Tuhan utk tetapkan aku dlm jalan yang lurus sampai hembusan nafas terakhir. Serious beb, kadang2 risau, sbb kadang2 mula ter-overdominated persoalan yg aku rasa dtg drpd setan, dan kehausan mencari jawapan yang mungkin boleh menyebabkan hati berpaling arah dari Tuhan atau mula memandang sinis perkara yg sebenarnya suci. Oleh itu, aku istighfar banyak2, dan aku bersyukur sebab Tuhan masih buat aku sedar.

Dan tadi, sedang aku membaca zikir petang, aku baca sekali maknanya. Selalunya sebelum ini baca shj ayat Arabic tanpa belek makna dari kertas sbb tak sempat and dah tahu dah maksudnya. Tapi tadi, Alhamdulillah ada masa lebih, and nak feel lagi berzikir pd Tuhan, aku baca translation. Dan dalam pembacaan tu, kali ni aku rasa penghayatan yg lain macam. Aku rasa, Tuhan sedang beri aku jawapan dan ketetapan hati dalam jihad aku.

--------------------------------------------------------------

(Al-Baqarah:1-5)

Alif, Laam, Miim.

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;



Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.



Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.



--------------------------------------------------------------


Tuf Tuf Tuf ! macam kena tembak tepat kat hati, tapi impact dia bukan menyakitkan, tapi menenangkan. Bayangkan hati itu macam air, ayat2 dan kefahaman ayat2 ini macam peluru yang masuk dalam air tu. Peluru tu macam kena telan, dipeluk air. Bila aku sebut kena tembak, aku tak maksudkan kesakitan, cuma aku nak gambarkan ketepatan tembakan tu yang terus zup, mengena! Ha mcm tu kot apa aku rasa.

Selagi kau berpegang utuh pada tali Allah, sumber yang benar, dari Al-Quran dan sunnahnya, engkau akan berada di jalan yang benar, Farah Nabilah.

Lepas tu aku rasa (personal punya rasa dan opinion), sebab tu KOT, Allah letakkan di awalnya perkataan ‘alif, laam mimm’ directly sebelum 4 ayat tersebut, its like, kenapa dlm byk2 explanation, Allah explain tentang perkara ini selepas perkataan 'alif laam mimm' itu sendiri? kenapa explanation psl ni dan bukan psl lain?  Ayat yang meng-explain tentang keyakinan pd agama Allah, yg akan buat kau TETAP BERADA di jalan yang lurus. Aku rasa, mungkin Allah sengaja susun begitu untuk tunjuk yang, tahap tinggi mana pon kau study, tinggi gunung ke, tinggi awan ke, tinggi matahari ke, kau takkan pernah dan takkan mampu, discover maksud ‘alif, laam mimm’ tu sendiri.

Hence, that indicates: tahap tinggi mana pon kau cuba nak faham sesuatu perkara, kau cuba nak berhujah sana sini, kau takkan mampu mengubah kebenaran agama Allah swt.

Wallahua’alam