MY NAME IS FARAH NABILAH A.R. AND THIS IS A LOVE SHARING. WELCOME AND MAY PEACE BE UPON YOU :)

Wednesday, June 13, 2012

cinta tak buta, tapi manusia yg buta cinta.





muhasabah diri tatkala hati masih berdiri, jangan tunggu ia patah bengkok, baru hendak diketuk. 


kala air berderai turun dari shower membahasi diri, perbualan tadi diingati kembali, perkataan tadi diteliti kembali, dan cebisan ini terdetik di hati. 


oh diri, percayalah, walau bagaimana machonya lagak dia, 'sweet'nya bahasa dia, 'comel'nya style dia, itu bukan pengukur kebahagiaan. 
macho itu boleh hilang. sweet itu boleh hilang, comel itu boleh hilang.
malahan, macho itu boleh jadi punca kesengsaraan, sweet itu boleh jadi punca keretakan. comel itu boleh jadi punca kekecewaan. 


oh diri, percayalah, tiada kebahagiaan hakiki selain tapaknya kerana Ilahi. 


jgn percaya tv
jgn percaya drama
jgn percaya 'lakonan'

ia mengusutkan jiwa, ia menimbulkan bibit2 nafsu, ia mengubah pandangan terhadap sesuatu.


PERTAMA

-bila cinta dia sebab nampak macho, hilanglah cinta itu bila machonya hilang.
-bila cinta dia sebab kata2nya yang sweet, hilanglah cinta itu bila kata2 itu hilang.
-bila cinta dia sebab Allah, mana mungkin cinta itu hilang bila Allah tak pernah hilang.

mcm mana nak cinta dia sebab Allah? tell me how? mudah saja :)
cintailah dia bila dia seorang yang mengikut perintah Allah dan Rasul, bila dia meninggalkan dan menjauhi larangan Allah dan Rasul. 


bukan calang2 usaha itu oiii.

"yelah, saya nampak ada ciri2 itu pada dia. cara & layanan dia pada saya nampak dia ikhlas dgn saya"

iye? awk yakin?

oh diri, mana mungkin dia yang menunjukkan betapa 'baik'nya diri dia depan kita, betapa specialnya kita di mata dia, betapa hanya dengan kita sahajalah dia bertanya khabar dan ambil berat, betapa sweetnya kata2 dia, betapa berwibawanya dia dalam memberikan ucapan, mana mungkin dia itu yang kita percaya. bila mana larangan Allah tidak ditinggalkan, walau HANYA dgn diri kita yg 'special' ni saja.

Allah kata..
"...Laa Taqrobuzzinaa..."  atau
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." 
 Quran, Al-Isra' : 32
Allah tak cakap, jangan berzina, instead Allah cakap, jangan hampiri zina. dengan cara dia yang boleh menghampiri jalan2 zina itu, walau bagaimana 'ikhlas' nya cara dia pada kita, percayalah, dia sedang mencintai kita, bukan kerana Allah. dan kita sedang mencintai dia, bukan kerana Allah.

sebab kalau kita cintakan dia krn Allah, buktikan pd Allah! bukan pd hambaNya.

KEDUA

perkara yang sering dilupai, kasihanilah diri sendiri. sebab,

-bila dia cinta kita sebab kulit kita cantik, kasihanilah diri tatkala lenyapnya cinta itu bila 'jerawat muncul'
-bila dia cinta kita sebab kepetahan kita berkata2, kasihanilah diri tatkala lenyapnya cinta itu bila diri ditimpa musibah menjadi bisu atau lumpuh
-bila dia cinta kita sebab penampilan kita menarik, kasihanilah diri tatkala lenyapnya cinta itu bila tiada kemampuan untuk bergaya lagi
-bila dia cinta kita semata2 sebab 'kita', kasihanilah diri kerana kita manusia, manusia berubah bila2 masa sahaja.

dan bila dia cinta kita sebab Allah, berbahagialah diri tatkala kekalnya cinta itu, besertakan kekalnya sebab cinta itu, iaitu Yang Mencipta Cinta, tiada lain tiada bukan, kekasih agung kita Allah S.W.T.

haaa, nampak tak, indahnya Islam! sweetnya Allah! bijaksananya Allah!
subhanAllah!
dengan ini, semua orang boleh berbahagia! ^^,
kesatkan air mata mu. sesungguhnya Islam datang, dan mencabut segala rantai2 yang membelenggu jiwamu, dek terpengaruh dengan gambaran keduniaan.

yg rasa diri kurang menarik, Allah tidak lihat semua itu!
yg rasa diri tidak 'reti' bergaya2, Allah tidak lihat semua itu!
yg rasa diri tidak hebat berkata2, Allah tidak lihat semua itu!
yg rasa diri tidak kreatif & berseni, Allah tidak lihat semua itu!

yg Allah lihat, hatimu.. ikhlaskah? bertakwakah?

dan dengan ini,

bukankah kita terlepas dari menjadi, 'hamba dunia'?


p/s-sekadar muhasabah diri, dan perkongsian yg termampu diri.
Pemilik Cintaku Slps Allah & Rasul, Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu, krgn Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi. -dua buku yang banyak membantu diri, mengenali hakikat cinta yang sebenarnya. 
ya, cinta tak buta. tapi manusia yang buta cinta. 
ya, aku makin yakin kini.
yakin pada Ilahi.


No comments:

Post a Comment