MY NAME IS FARAH NABILAH A.R. AND THIS IS A LOVE SHARING. WELCOME AND MAY PEACE BE UPON YOU :)

Friday, December 28, 2012

when study week turns to be a celebration week

wahai diri, anda ada 30 minit untuk menulis

entah kenapa, sejak 2 menjak ni, macam takde mood nak menulis. feel tu tak datang. mungkin sebab, byk feel2 lain yg datang. sampai feel nak menulis takde ruang nak masuk? hehe apa punya sebab tah

anyway anyhow, menggagahkan diri jua utk menulis pagi ini. sbb apa? sbb semalam birthday seseorang :)

ada pesanan yg sy nak luahkan. ada ucapan yg saya nak sampaikan

seminggu ini sepatutnya menjadi study week utk pelajar2 uia, termasuklah saya. tapi study week telah menjadi celebration week utk saya. daripada majlis pernikahan kakyong, kepada kenduri, dan kemudian, hari jadi. 3 hari lepas tu, final bermula.. oleh itu, boleh sy gambarkan perasaan sy dalam seminggu ini bagai, rojak. bercampur semuanya. tapi dalam rojak ni, sy dapati kuahnya lebih banyak. dan kuah di sini menandakan perasaan gembira nya ^^,


buat Nur Faiqah Abdul Rahman, a.k.a kakyong 
tahniah diucapkan. barakallahulakum!  
tak sangka kan sekejap je masa berlalu. now u dah jadi isteri orang. *omg?!* haha. padahal rasa mcm, baruuu sgt3 lagi. and tah, to be honest yah belum rasa pon lagi mcm kyong dah khwin. rasa dpt abang baru, ye, ada. tp rasa you dah kahwin mcm.. belum. as for now, rasa tu belum dominant. mybe sebab, belum smpai time when all family gather and u takde. takde bukan sbb tak cuti, tp u cuti dan ke Sarawak. masa kyong dah kena bahagi dua. ha tht time, i guess baru i btl2 rasa. tadi tengok balik profile picture yah, dgn caption berbunyi "Aidilfitri 2012. saat semua masih berada di dalam tanggungan dan tanggungjawab ibu abah sepenuhnya. nevertheless, ikatan itu akan sentiasa utuh lagi teguh bila ia dibina atas nama Allah SWT. malahan, berkekalan di sini, dan di sana, insyaAllah. diri mendoakan yg terbaik utk setiap dari kamu semua. moga Allah redha! ♥ "  
i fee like uploading a new picture with caption "December 2012. kini, bukan semua berada dalam tanggungan dan tggjwb ibu abah sepenuhnya. AND nevertheless, ikatan itu akan sentiasa utuh lagi teguh bila ia dibina atas nama Allah SWT. malahan, berkekalan di sini, dan di sana, insyaAllah. diri mendoakan yg terbaik utk setiap dari kamu semua. moga Allah redha! ♥ " 
moga dgn pernikahan ini, dpt mendekat kan lagi both of you dengan Tuhan. naik lagi satu step dalam menjalankan amanah sebagai khalifah. yela, masa Allah turunkan Adam utk jadi khalifah di muka bumi ni pon, Allah tak turunkan Adam seorang. tp Allah turunkan Adam dan Eve utk sama2 menjadi khalifah di dunia. dua2 saling memerlukan.
dan moga dgn kedatangan ahli baru dalam keluarga kita sendiri, dapat menambahkan kebaikan dan mendatangkan lebih keberkatan. 
ok, i got few minutes left. 
conclusion dia, BARAKALLAHULAKUM! 

mendoakan yg terbaikutk kalian berdua! moga tabah dalam segala ujian sekarang dan mendatang. moga berbahagia dalam bermujahadah bersama hingga ke syurga <3 br="br">



_______________________________________________________________







 





buat Farah Nabilah Abdul Rahman
a.k.a  birthday girl
yg tak berapa nak birth day sgt~

ye, anda kini officially 19 years old. lambat kan? org lain nak masuk 20, kita ni baru nak 19. ehe, tak apa, usia bukan pengukur kematangan sepenuhnya, usia bukan pengukur ketaqwaan ;)

beberapa minggu sebelum birthday tahun ini, sy byk diingatkan ttg mati.

tahniah yang diucapkan bukanlah tahniah kerana anda sudah berjaya hidup 19 tahun
tak, bukan begitu.
tetapi 'tahniah', kerana anda sudah kekurangan satu tahun daripada jangka hayat hidup anda.

ye, jangka hidup. apabila masuk hari lahir, antara ucapan atau doa yang sering diungkapkan ialah
"semoga panjang umur"

di sini ingin sy tekan kan wahai farah nabilah, awak tidak mahu umur yang panjang. tapi awk mahu umur pahala yang panjang.

tiada maknanya kalau umur panjang, tapi hidup tak diberkati Tuhan, hidup dalam kemaksiatan.

tiada maknanya kalau umur jasad panjang, tapi umur hati berhenti.

umur itu Allah dah tetapkan waktunya. bila sampai ajal, tak cepat walau sesaat, tak lambat walau sesaat. jadi bukan menjadi harapan kita untuk panjang umur, bila itu bukan yang terbaik untuk kita. yang menjadi harapan kita ialah, panjang umur dalam ketaatan pada Tuhan. panjang umur pahala yang berterusan.

panjang umur yang berterusan itu lah 3 amalan anak Adam. bekal kita ke akhirat nanti
1- ilmu yang bermanfaat
2- sedekah jariah
3- anak yang soleh

bawa lah bekal ini ke mana saja awak berada.

1: cari ilmu, amalkan, sebarkan. walau sepotong ayat yang awak kongsikan, tetapi jika ada yang mengamalkan, insyaAllah pahalanya berterusan. panjangkan umur pahala. ikhlaskan hati. fikirkan semula, nama2 tokoh yang sudah lama meninggal dunia. Imam Ibn Taimiyah ke, Abdullah Ibn Abbas ke, mereka sudah laaaaama meninggal dunia. lama sgt2. tapi sehingga ke hari ini, manusia masih menyebut2 nama mrk. sebutan bukan umpatan. sebutan atas sumbangan dan jasa y mrk telah curahkan. ilmu y mereka dpt, mrk salurkan sehingga dpt kt gunakan hingga ke hari ini. walau hakikatnya sudah bertahun2 mereka meninggalkan dunia. ini baru lah dikatakan panjang umur!

*oh, tapi di sini, bukanlah bermaksud nama disebut2 baru dikatakan pjg umur, tidak, tetapi SUMBANGAN yang telah awk berikan dlm meningkatkan martabat Islam, sumbangan awk pd sesama muslim, itu lah penat yang akan hilang dan kebaikan yang akn kekal berterusan.

2: bersedekah lah semampu awak. bayangkan manusia yang menyumbangkan karpet2 di masjid, pahala akan terus menerus sampai pd dia selagi mana ada manusia yang menggunakannya.

3: anak yang soleh. ye, tanamkan lah azam dari skrg untuk belajar mendidik anak sebaik mungkin dalam membentuk generasi2 Islam yang cemerlang. menjadi hamba Allah y bertaqwa, khalifah y unggul. proses itu bermula dari anda. dari skrg. doa dan amalan2 anak2 yg soleh akan terus meneeeerus smpai pd anda, lagi2 bila mereka menurunkan pula ilmu yang mrk bljr drpd anda kpd ank2 mrk pula. kemudian, anak2 mereka a.k.a cucu anda ajarakan pula pd anak2 mrk a.k.a cicit2 anda, and the process continue! masyaAllah, non stop pahala mengalir! tak mahu kah?

ok dah lebih 30 minit ni.

aaaa stress pula menulis ada time limit ni. aigo~

harus jadikan mati sebagai motivasi. mati harus sentiasa hidup dalam hati.

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, lalu malaikat akan turun kpd mereka dgn berkata: "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. 
(Al-Fusilat: 30) 
Allahummua ja'alna min hum!
tak ke special Allah tinggikan martabat mereka hingga saat roh nak dicabut, malaikat akan dtg menenangkan..
bagaimana nk jd sebahagian drpd mereka? iman. dan istiqomah.

ye, iman dan istiqomah

fighting!

K CUAK, dh sgt melebihi 30 minit.  NAK HABISKAN TULIS CEPAT (!)
(amboi caps lock terus, nampak kecuakan anda si situ farah nabilah)

wishes ini ditujukan juga kpd Nurfarhana Ramlee a.k.a twin saya,
and Kak Arti
dan semua yang lahir pada 27.12
dan semua yang lahir pada bulan 12
especially Amir Aliff a.k.a adik ngada,
Sarah Izuddin a.k.a from partner-in-crime to partner-to-heaven iAllah,
Wan Nur Farah Ainiah a.k.a Nini, a funny yet caring girl ;)

_______________________________________________________________






dan paling penting sekali,

to all who have wished and make duaa for me, those yang bake cupcakes, buat icing kat dorm semua, buat video, jazakallahulakum! 

moga Allah berkati, moga berada dalam dakapan rahmat Allah selalu. aminn ya Rabb


jom jadikan mati sebagai motivasi. moga mati sentiasa hidup dalam hati ^^,




Monday, December 17, 2012

life is a learning process.

bismillahirrohmanirrohim


*sharing moment*

masa kat cfs dulu, sy kiasu sgt dlm study. sampai kalau nak exam tu, sy tolak tepi almost everything. walhal sempat je lagi nak buat benda2 lain. saya punya cuak nak exam tu sampai, sy set jam untuk bangun semula, sbb nak baca lagi notes yg sy dah pon habis baca n khatam BERKALI2. itu pon still berdebar2 lagi. bila ingat balik, lucu rasa, haha. tapi sy tak pernah menyesal pon, because life is a learning process. zaman cfs mmg zaman turning point sy. rasa nak tebus balik kesilapan zaman dulu tu, sgt mendalam agaknya. Alhamdulillah, dgn pencapaian akademik yg ok, it sorts of gaining your first confidence again.

dan skrg, bila org lain sibuk nak struggle study early minutes, sy pula struggle nak control perasaan cuak and dupdap dupdap everytime nak exam or ada quiz or nak siapkan assignment. and thus, sy blaja utk buat kerja last minute. bila cerita kat one of my lecturer, respond beliau ialah 'that is so not you' haha. tp, blkg tu dia ada selit 'but thats part of learning :)' and yes, i do get e msg. dan dalam proses ni, ada time yg sy bukan lah sengaja mendelaykan study, tp sy mcm, spend time tu dgn buat perkara lain, contoh mcm, build rappot dgn kawan2, pg cuti dgn family, yg basically, kalau masa kat cfs, sy rasa sy dah tolak tepi dah semua ni, but now, sy blaja utk control perasaan tu, and Alhamdulillah, somehow mrkah exam yg Allah beri on par dgn mrkah masa kat cfs, though sy tak study macam kat cfs dulu. and dlm proses ni juga, pernah ada time yang drpd rasa nak control dupdap2 and nervous tu, tiba2 bertukar jadi malas. jadi malas sgt, yg amat. subhanaAllah. rasa sedih sgt masa tu, rasa jatuh sgt2, rasa geeram kat diri sendiri. nak bangkit tu, bukan main payah lagi. ada sesuatu yg Allah nak ajar pada diri. and now, sy tahu sy kena balance. yes, sy kena control perasaan dupdap2 yg terlebih tu, but at the same time, jgn sampai ia membawa kepada malas!

lagi seminggu nak final, lagi seminggu untuk wedding kakyong. nampak tak kat situ? sy tahu Allah nak ajar sy balance masa and indirectly, emosi semua sekali.

sy belajar yang, walau sesibuk mana pun kita, secuak mana pon kt dlm exam ke apa 1)kita kena tunaikan hak Allah dulu, and Allah akan bantu kt selesaikan urusan2 kt yg lain. 2)kita kena juga ada masa utk bantu family, bantu kawan and others. bila kita bantu org lain, Allah akan bantu kita dlm urusan kt yg lain. jgn resah gelisah dlm menggunakan waktu itu untuk membantu org lain, tapi ingatlah ada keberkatan dalam usaha kt membantu orang lain tu. masa tu Allah yg pegang. kalau Allah bagi kita seguni masa pon, tp dlm waktu tu, apa yg kt baca tak masuk sgt kepala, itu lagi rugi. kalau Allah bagi kita secubit masa untuk study, tp dlm secubit waktu tu kt mmg terus dpt apa kt baca, maka itu lah kuasa Allah, di situ lah terdapatnya keberkatan masa. its not the quantity of time, but its the quality of time. dan sesungguhnya, Allah yang pegang masa tu. jadi mohonlah bantuan drpd Allah, dan yakinlah dengan rahmat Allah. ihi, mendoakan shbt2 dan semua pejuang2 Islam, yang bakal menghadapi final, supaya segalanya dipermudahkan dan diberkati. yakinlah yang Allah akan beri yang terbaik! dan tugas kita skrg ialah, berusaha dan memohon yang terbaik ^^, gambatte!


p/s- masa dengan manusia ini sgt perlu. kenapa perlu? sebab, kita hidup dgn manusia kot. and ilmu yg kt dpt tu, adalah untuk apply dalam kehidupan manusia, ilmu yg kt dapat tu, adalah untuk menjadikan kita manusia berguna. jadi, tiada makna kalau kita belajar tinggi2 tapi tak dapat memberi. ilmu nak ke mana kalau tidak diapikasikan dalam kehidupan.

 ilmu dan akhlaq, bergerak seiring. makin tinggi ilmu, makin tinggi lah akhlaq. kalau makin banyak ilmu, tapi akhlaq tak tinggi2, itu bukan ilmu, tapi informasi semata. 

 iman + ilmu + akhlaq = true muslim!



alright, now some memories from Afamosa Malacca. memories are meant to be kept, aren't they? ^^,

my very first time, Alhamdulillah, best sgt! tgn tak lebam pon, risau juga first2  -_-

NINE! nak berlagak sikit uollz. ikiki :p

 ibu. suka senyum cmni, tahu lah comel -_-
spot abah and u will know where we get some chinese looks, hehe





some funny snaps :D









andd, dah lah tu. eheh. assalamualaikum.

oh oh, lastly, let us all, together...



insyaAllah !



Sunday, December 2, 2012

life is a recording.


(1) semalam semasa lampu merah, saya sempat melihat beberapa video dalam phone. suka ada, lega ada, malu ada, rindu ada, kelakar ada. memories are meant to be kept, saya mmg suka merakam gambar dan video sbgi kenangan, utk sy lihat dan tonton bila sy rasa perlu. dan sy masih tahu, life won't last forever. ye saya masih sedar hakikat itu. sbb itu, smlm, smasa melihat video2 itu, sy teringat kata2 Dr. Israr Ahmad Khan, lecturer FAVOURITE(!) (siapa nak ambil Sciences of Quran next year, tlg lah ambil dgn dia. k iklan jap). beliau kata "life is a recording". betullah tu, setiap yang kita buat, semuanya dirakam. bygkan sendiri you are setting a camera infront of you, all things you do will be recorded, not even a single act left out. the film is rolling, recording. mcm tu lah hidup ni, semuanya sdg dirakam. yg hebatnya, bukan luaran je dirakam. tp segala dalaman, yg di dalam hati, di benak fikiran, itu pon dirakam. cuba lah lihat balik video yg anda ada di dalamnya, apa yg anda rasa tika itu? bygkan nnti, di akhirat, semuanya melihat. saat menonton itu: penentu perasaan anda, lega kah, menyesal kah.

astaghfirullahalazim..

the film is rolling. life is a recording. 


(2) hey, so soon by Maher Zain is playing.

PLS CLICK PLAY BEFORE YOU CONTINUE READING BEAUTIFUL PEOPLE. thank you ^^,




sy baru bluetooth lagu ni tadi. sarah yg ingatkan masa dating kitorang hari tu, hm, dating selepas hampir 2 tahun rasa kehilangan dia. tp sy tahu, Allah sbnrnya tgh bagi ruang kat diri masing2.

dan wktu ni, sy tgh teringat ayah Sarah. kisah silam antara sy dan sarah dahulu tiba2 segar di ingatan. bagaimana nakalnya kami dahulu. dan bagaimana gigihnya ibu bapa kami dalam proses mendidik kami supaya jadi baik sikit. ehe he. ummi dan baba Sarah, sy tak tahu knp, tp sy rasa syg kat mrk. syg dia yg, tak sama mcm rasa syg kat parents kwn2 yg lain. mungkin sbb sejarah kami dahulu. haha, mana taknya, wktu zaman tu sy pernah je dimarahi baba Sarah. dan bbrapa insiden lain yg menakutkan. mmg patut terima pon. haha.

skrg rasa mcm, terima kasih, dan minta maaf uncle.

smasa mendapat berita ttg kematian baba Sarah, sy terkejut sgt. saya terkesan, saya terkilan betul.

oh dunia, kau hanya sementara. tapi kau sangat penting, sbb kau jambatan kami ke akhirat sana.
engkau juga sgt penting. sbb engkau adalah tanah yang sgt subur untuk bercucuk tanam. dan dari engkau, cucuk tanam ini istimewa, kerana hasilnya, akan kita kutip di sana...

Uncle Ahmad Izuddin, sy mendoakan yang terbaik untuk pakcik di sana. insyaAllah saya dan Sarah akan berusaha untuk jadi lebih baik dari masa ke semasa. semoga segala doa dan kebaikan yg Sarah lakukan akan sampai juga pd uncle. terima kasih atas kesabaran uncle dalam mendidik Sarah, and indirectly, saya. dulu sy masih mentah, saya tak mengerti ttg ini semua. Alhamdulillah, kini Allah beri petunjuk dan kefahaman ttg hakikat dunia, sy harap doa sy akan dpt membantu uncle. semoga kehidupan uncle di sana lebih baik dari kehidupan di dunia ini. aminn ya Rabb.

mendoakan arwah atok dan opah juga..

world is a place of leaving,
(Yasmin Mogahed)


AND THAT TO YOUR LORD, IS THE FINAL GOAL (QURAN, 53:42)