MY NAME IS FARAH NABILAH A.R. AND THIS IS A LOVE SHARING. WELCOME AND MAY PEACE BE UPON YOU :)

Monday, June 11, 2012

menulis, tanpa ink.

malam ini, aku bersendirian di bilik. ya, aku perlu bersendiri. 

sebab aku nak buat apa yg aku selalu fikirkan atau lebih terperinci, bermonolog sendiri selama ini: tika basuh pinggan, tika tangan di stereng dan kaki di padel minyak, sesekali melompat ke padel brek, tika habis membaca, tika habis menonton.

ianya ialah?

yang sdg ku lakukan skrg ini.

ya.

'menulis'.

tanpa ink.

geram rasanya bila rasa tu dtg, tp masa tu pergi. ini pon, masa sudah hampir time.

aku fikirkan, atau lebih tepat, aku agak, di rumah akan ada belambak kelapangan masa. eheh. tekaanku meleset. rupanya byk lagi komitmen aku di sini. lagi pula, tiada jadual yang tepat. memang lagi payah. dgn beribu kekuatan yang diperlukan untuk mendisiplinkan diri dgn masa, akibat tiada 'jawatan' tetap, maka tiada 'jadual' tetap.

buat masa ini, komitmen sebagai anak. sebagai sahabat. sebagai Muslim. sebagai adik. sebagai kakak (oh, 2 minggu yg ku rindui). sebagai 'drebar'. sebagai khalifah. sebagai hamba Tuhan.

ini sahaja sudah kdg kala buat aku tidak cukup tgn, kdg kala tak cukup masa utk buat semua yg ku mahu dan harapkan, dan kdg kala aku sendiri yg men-tidak cukupkan masa yg memang tak cukup2.

bukan niat mahu mengungkit, cuma mahu mengungkap. agar tersingkap sedikit rasa kiciwa dan sedih di hati dek 'kegagalan' meraih apa yg diharapkan.

AH. BUKAN KEGAGALAN. CUMA KEJAYAAN YANG DILAMBATKAN
diri harus Pi O Es Ai Ti Ai Ef 
positif! 

benar kata Maulana Al-Maududi:
"manusia yang paling baik ialah mausia yang dapat menunaikan hak semua pihak"

bagi diri yg serba kekurangan ini, ia tidak mudah.

namun sekurang2nya, usaha harus ada! 
ilmu harus di dada!
jangan kau putus asa! 
kerana Allah sentiasa ada..



CORETAN PENDEK MINGGU INI
-pertama kali di saman (`_`)"
-3.5 something, tahniah Afiq Azfar! dan baru ku tahu, adikku yg sorang tu ambil bahasa arab rupanya. 
Allah.. kenapa tak bgtahu awl2? boleh kita tolong2 sikit, kat rumah hampir semua minat kot! dan bukan hampir, malah semua tak tahu dia ambil bahasa yg diminati itu sebagai salah satu subjek pilihan. oh, kecuali abah. tapi abah pon tak tahu, yg kitorang tak tahu. 

No comments:

Post a Comment