MY NAME IS FARAH NABILAH A.R. AND THIS IS A LOVE SHARING. WELCOME AND MAY PEACE BE UPON YOU :)

Tuesday, October 18, 2011

Islam akan menang

bismillahirrohmahirrohim

aku terkesan benar bila mendengarkan terjemahan surah 17 (Al-Isra') : ayat 81

' dan katakanlah, "kebenaran telah datang dan yang batil telah lenyap." 
Sungguh, yang batil itu pasti lenyap '

oleh itu, para daie sekalian, jgn takut utk memperjuangkan agama Allah. jgn takut utk mengatakan yg benar. jgn takut utk mengamalkan amar makruf nahi mungkar. sebab Islam akan menang! yg hak pasti akan datang.


Allah beritahu  Lupakah kamuu akan firman Allah

dalam surah Ali-Imran, ayat seratuss empat! (nada-ustaz-sauki)

' Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh(berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang2 yg beruntung. '

utk kita yg sedar, dakwah itu suatu kewajipan utk setiap muslim.
utk mereka yg tegar, dakwah itu suatu kewajipan utk para ustaz ustazah shj.

sdgkan Allah dah tunjuk dgn terang jelas nyata lagi bersuluh. janganlah kita berasa gentar dengan persepsi dan cemuhan masyarakat. jiwa seorang pendakwah harus cekal. hidup dan mati hanya utk Allah. bila hidup dan mati hanya utk Allah, nescaya kita tidak akan gentar dgn halangan2 dan cercaan musuh2 Islam. mmg Allah dah maklumkan pd kita dlm surah Al-Maidah : ayat 54 bhw kaum yg dicintai Allah dan mereka pon mencintai Allah, tidak takut dgn celaan org yg suka mencela

ye, kawan2, musuh2 Islam takkan pernah berhenti drpd menyekat kegiatan dakwah ini. dakwah pd agama Allah, di jalan yg lurus.

Image Detail

kalau nak dibandingkan dgn umat2 pada zaman Nabi dahulu mmg laah tersangat jauh lagi ketara bezanya. dan mmg kaum pada zaman Rasulullah adlh kaum yg terbaik pon. zaman skrg, orang takut utk menyatakan yg hak, sebab nak selamat. ada yg takut utk memperjuangkan agama Allah sebab takut hilang periuk nasi. lihatlah, nilai iman mereka, hanyalah setakat sebuah periuk nasi stainless-steel itu saja. tak ingatkah mereka bhw Allah- lah yg memberi rezeki? kalau dahulu, sahabat2 diseksa. ingat lagi keluarga Yassir? diseksa dgn begitu kejam di hadapan anak mereka sndiri, Ammar. Sumaiyyah, umi Ammar, wanita pertama mati syahid. Bilal bin Rabah, tidak perlu lah aku ulas lagi bgaimana dia diseksa di tgh2 panas, disebat dan diletakkan batu besaar di atas badannya. 

Hanya kerana apa? HANYA kerana mereka beriman..

kata seorang tokoh

" Sudahkah kamu mengerti dan betul2 faham apa itu Islam? sesudah kamu mengerti, sudahkah kamu pegang ia seteguh2nya? dan sesudah kamu pegang ia seteguh2nya, sudahkan kamu menyebar2kannya? "
menurut Rasulullah S.A.W, apabila tiba akhir zaman, berdakwah dan berpegang kepada Islam adalah spt menggenggam bara api. 

sebab fitnah2 akan bertaburan dan banyak halangan2 dr musuh2 Islam
oleh itu, genggamlah bara api itu seerat-eratnya. 

jadikan Syurga matlamat kita. dan jalan menuju syurga, memang takkan sunyi dgn onak duri. tp kita mencari kebahagiaan, biarlah yg berkekalan. berfikir panjang, biar lah betul2 panjang. apa salahnya, 
berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian, bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian.

dan senang yg kemudian ini, masyaAllah, selama2 nya!
Image Detail

No comments:

Post a Comment