MY NAME IS FARAH NABILAH A.R. AND THIS IS A LOVE SHARING. WELCOME AND MAY PEACE BE UPON YOU :)

Sunday, June 22, 2014

Sana'a #1

bismillahirrohmanirrohim

"I had never been in a third world country or specifically, underdeveloped country before. This is the first, and subhanaAllah, there are just sooo many things to contemplate. And its a perfect place for a perfect time. A Ramadhan breakthrough. inshaAllah"


1.     Hari ini hari ketujuh di sini. Hari Ahad. Bukan Hari Cuti. Genap seminggu.

2.     Bagaimana keadaan di sini?

3.     Mari kita mulakan dengan cuaca. Cuaca di sini kering dan berangin.  And yes, its ardhul kinanah. Bumi kering kontang. Melihat dari foto dan melihat sendiri di hadapan mata sangat berbeza rasanya. Imagining the wind is not the same as feeling the wind with your own hand.

4.     Dihembus tiupan angin dan debuan ini sesungguhnya menjadikan pemakaian jubah beserta niqab bertambah efisien. Cuaca yang kering menyebabkan kami kurang berpeluh (macam tak berpeluh pon sebenarnya), jadi mandi pon baru dua kali. Tak mashem ok. Its summer here, so the day is longer than the night time. Kecerahan jam 5 pagi di sini persis 9 pagi di Malaysia. Kecerahan jam 7 petang di sini pula persis 5 petang di Malaysia.

5.     Bila keluar jejalan tu konon2 awal lagi, sekali azan maghrib berkumandang da.

6.     Oh waktu. Here in Yaman, its late 5 hours than Malaysia. Prayer time, subuh sangat awal sebab night time shorter kan. 4.10 am sudah masuk waktu subuh (June 2014.)

7.     I rarely travel outside Malaysia (paling jauh Indonesia, and kalau dengan kawan2 saja, Singapura baru deh, maka lps ni siapa nak buat study trip ka apa mohon ajak pls), hence I was very excited and subhanaAllah, somehow all the feelings mixed up before nak datang. Rasa happy, excited, nervous, risau tak capai hadaf (objektif), tetiba cancel last minute dan sebagainya campur2 mcm rojak dah sebab tak dapat nak differentiate what I was feeling all that while. Even rojak pon kt still boleh identify mana tauhu, mana kacang. Ihi. Ni nak bgtahu kwn2 pon mcm hesitate.

8.     But, Alhamdulillah, here I am already, kaki sudah pon menapak di bumi Yaman ini, Alhamdulillah. Rancangan asal utk travel 2 org saja sama adik, akhirnya membiakkan manusia yang mengikuti sehingga 7 org jumlahnya. And verily, Allah is the Best Planner J

9.     Our place is actually located at the outskirt of the city. We are living in fuqara’ (poor ppl) area. So every time I looked out the window, or step outside the house, it really triggers me to contemplate more. Kalau ada foods lebih yg dah tak boleh makan, rasa saaayang nak buang itu melonjak2 lebih lagi dari di Malaysia, because we have neighbors around who sometimes don’t even have anything to eat for dinner.

10.                        So usually when the foods provided banyak sgt, we’ll saved them to give out to the people around . Somehow, I GUESS, kalau kat Malaysia tu, kira kita tinggal kat tengah2 area Chow Kit gitu. Bcs when we step outside the house and walk few minutes infront, nanti ada yang datang minta bantuan wang atau makanan.

11.                         Jadi, kalau rasa hidup dah selesa sgt sampai tak appreciate apa yg Allah dah kurnia tu boleh lah datang tinggal area2 begini.

12.                         I remember one of my friends said, kat sana, iman macam gini (tangan tunjuk level tinggi), antara sebabnya tiada yg buka aurat. Hm. Kata2 itu bermain2 dalam minda.

13.                        Sudah biasa sangat dengan kemajmukan Malaysia, tak sedar bagaimana persekitaran yang tidak mendedahkan aurat banyak membantu. At least to my own imann.

14.                        Kawasan sini mempunyai ketidakseimbangan saluran kahrobaak, atau dalam Bahasa Melayunya, saluran tenaga elektrik. Sepanjang kami tinggal di sini, selalunya elektrik disalur bermula waktu 7/8 malam, dan akan tutup semula dalam pukul 11 malam. Seterusnya dalam pukul 5-8 pagi.

15.                        Kawasan ini juga tidak mempunyai saluran air yang bersambung dengan daerah2 lain. Kiranya bangunan yang kami tinggal ini, mempunyai takungan air nya sendiri. Dan disebabkan sumber air yang terhad, penggunaan air juga diterhadkan. Sebab itu juga, Alhamdulillah cuaca yang membuatkan badan kami tidak perlu mandi setiap hari membantu kami dalam menjimat penggunaan air.

16.                        Mengetahui informasi ini mendesak kami untuk benar-benar berhemah dalam menggunakan air.*tiba2 Bahasa melayu penuh* Tika ambil wudhu’ atau basuh pinggan, air yang dilepas keluar hanyalah sebesar radius marker pen, atau kadang lebih kecil dari itu.

17.                        Kehidupan yang disajikan di sini benar telah mencuit si hati dan perasaan. Di Malaysia, bila keperluan tenaga elektrik dan air sentiasa mencukupi, tidak benar-benar melatih diri untuk menghargai sebaiknya. Sebab itu masa catuan air bulan 4/5 itu hari, telah juga membantu memuhasabah diri.

18.                        Melihat pada kekurangan sumber yang ada, menyoal diri tatkala melihat manusia2 yang membuka paip air dengan sangat kuat tika ambil wudhu di Masjid Shah, UIA. Catuan itu catuan sementara. Kekurangan yang dihadapi dirasai sementara. Tapi di sini, setiap hari. Manusia, memang selalu fitrahnya begitu. Apabila kekurangan, baru menghargai benar kewujudan dan keperluannya.

19.                        Dari segi sistem pula, ihi, tak ariff lah nak berceloteh panjang untuk itu. Tapi di kawasan ini, nampak gayanya, inche2 drebar sini semuanya kalau ikut JPJ Malaysia, tak lepas lah lesen P tu. Penumpang teksi dan drebar sini boleh aja potong masuk wrong way sebab nak cepat dan tak mahu U turn kat depan. 

20.                          And you know what, despite all these scarce resources (oh lupa nak habaq. Sini petrol pon ada timing), I feel very peaceful though. The people here (im living in kawasan pedalaman and fuqara’ area, as mentioned above) they really don’t have much, but subhanaAllah, they are very, very very nice. Never did I feel stressed looking at em u know. subhanaAllah. Hm J

21.                        Sekian, macam dah panjang sangat je berceloteh. Sungguh, saya ini seorang yang tidak mudah dapat mengembara jauh2 walau saya gemar. (kalau ada yang nak sponsor lain cerita :B). Untuk perjalanan kali ini pon dirancang dari awal, berharap agar diri tidak menyusahkan mana2 pihak (at least secara berlebihan ;B). Jadi, untuk kali ini, pengembaraan mencari ilmu dan hikmah bersama adik dan sahabat, menanti beribu mutiara di hadapan, biiznillah.
 
22.                        Melalui hari-hari Sha’ban di medan Shari' Annasr, Sana'a, Alhamdulillah memberi ruang pada diri untuk bersedia dengan lebih untuk Ramadhan kali ini. Moga-moga Tuhan sentiasa memberi kita kekuatan dan kecekalan untuk menapakkan diri agar makin dekat dengan Nya.      

24.                        Ameen! Kbye uolz. Assalamualaikum 





















4 comments:

  1. Nice entry. So you just go to yaman macam tu je or memang dah ada kenalan dekat sana yeh?

    ReplyDelete
  2. anonymous: ktorg ikut program/institusi yg ktorg bayar tu :)
    jaaat! huu sempat buat satu je :(
    yey aye!

    ReplyDelete