MY NAME IS FARAH NABILAH A.R. AND THIS IS A LOVE SHARING. WELCOME AND MAY PEACE BE UPON YOU :)

Tuesday, February 1, 2011

renungkan lah semula sahabat ku

makin lama aku lihat, makin menjadi2 mereka. pemikiran yg mula mencari pelbagai alasan bagi membenarkan perkara yg salah. tanda apa itu? tanda pemikiran yg menjadikan hawa nafsu sbagai keutamaan lalu mencampakkan realiti kebenaran yg hakiki. ye, mrk bertudung. namun setakat di leher sahaja. ye, mrk bertudung, namun aku masih boleh lihat liuk lengguk susuk tubuh mereka dan aku masih boleh melihat kulit mereka walau samar2 desakan dek kain tipis yg jarang itu.


Walaupun bertudung, kami masih boleh jd style k you alllll
 mahu berfesyen katanya.

Ala kira hebat lah kitorang ni bertudung pon jd style, patut dibanggakan pon. Ingat senang ke? kalau org tak brtudung tu sng lah nk nmpk style sbb dia free hair, terdedah sana terdedah sini. kitorang ni, okay apaaa

oh jadi maksudnya bila terdedah sana terdedah sini baru lah style?  then if you nak sgt jd style cabot je laah tak payah tutup2 yg sbnrnya tak mcm nk tutup pon. ok?

Aku bangga dgn korang semua! walau bertudung still nmpk cun gorgeous hot cair tgok awww!

haha. apaa sbnrnya motif kamu bertdung ni? nak menjadi perhatian org? atau ingin menutup aurat?

ketahuilah aurat itu bukan hanya terletak pada rambut atau tudung semata. aurat itu meliputi SELURUH TUBUH BADAN kecuali pd wajah kita dan tapak tgn shj. pakaian yg dipakai bukanlah hanya menutup, tetapi tidak jarang, ketat mahupun menampakkan susuk badan yg serba mahal ituu. jgn lah jd kan diri mu sesuatu yg begitu murah utk dihiburi org lain. oh? sudah tahu? namun mengapa masih begitu berbangga mengatakan dusta?

ini yg buat diri rasa terpanggil sgt utk berbicara. ye, aku juga insan biasa seperti mu yg punya hawa nafsu dan sukakan kecantikan. namun aku masih mempunyai akal dan tidak begitu obses sehinggakan sanggup mencari beribu alasan bagi memenangkan hawa nafsu yg nikmatnya hanya terasa sementara shj.

TOLONG LAH JANGAN

JANGAN setkan pikiran bhw diri itu sudah cukup bagus atau tidak terlalu keterlaluan lah utk bergaya stylo milo tiptop mengalahkan artist hanya kerana sehelai tudung di kepala yg tidak cukup panjangnya.
JANGAN berbangga anda itu best gila kentang style dgn pakaian yg melanggar garis panduan Islam namun masih kata OK hanya kerana sehelai tudung di kepala yg tidak cukup legapnya.
JANGAN pengaruhi pemikiran org lain dgn alasan2 anda yg cuba memenangkan kepalsuan hawa nafsu malah menggunakan akal utk mencari alasan bagi menafikan kebenaran.
JANGAN berani berkata2,mengatakan dusta menjadi seorang alpa membuat org lain turut mendapat dosa.

ingatlah, tudung itu tiada apa maknanya. walaupun anda bertudung anda masih tidak menutup aurat jika pakaian masih boleh menggiurkan org yg melihatnya. fikirkan semula, apa sebenarnya niat anda memakai tudung itu? utk mengikut arahan Allah kah?  utk mendapat perhatian ramaikah? utk berfesyen kah? utk menjadi syarat "menutup aurat" yg tak seberapa nak syarat itu kah?

apa nilainya sebuah tudung itu kalau diri berasa bangga dan jalan mendabik dada? padahal kita ini memakai tudung, menutup aurat kerana mengikut perintah Allah. mengapa kita ikut perintah Allah? kerana kita adalah hambanya yg malu dan berasa diri ini sgt hina. namun, pemikiran org2 sebegini yg semakin berleluasa terutama di blog2 dan majalah serta akhbar telah mencemarkan imej Islam yg sebenar.

mencerminkan pemikiran imej Islam yg bagi mereka pakaian begitu lah baru styleee baaru cantikkk. sedangkan Islam membenarkan kecantikan , malah menggalakkan nya. ingat. ini semua trap syaitan. syaitan itu tidak bodoh. ingin dipujuk anak2 Adam supaya melanggar perintah Allah dan mengikut dirinya ke gaung neraka maka dtgnya berhias. contohnya jika seorang ejen skim cepat kaya mahu menarik pelanggan utk menjadi seorg ahli, tentunya kita akan memakai pakaian yg cantik2 wangi dan dipujuk dgn pelbagai cara, disediakan pelbagai keseronokan & faedah sehingga kita menjadi lalai lupa dan alpa dek kerana memikirkan keasyikan nya. tanpa disedari kita sbnrnya tlh ditipu oleh muslihat kata2 manis ejen tadi yg akhirnya memakan diri sendiri. begitu juga lah syaitan,

Takpe kau pakai sempit2, masih bertutup, tudung kau pon ada lagi deer. nampak cun wo kau pakai cmtu. Siapa je nmpk confirm, terpikat punya ah! Takkan kau tak nak kooot jd perhatian org. Org lain pon sure jealous ah tgok kau stlo mylo cmni. Bertudung, tapi masih style. fuuh hebat2, jd ikutan lah kau lps ni. 

Nauzubillah....
 
ye, diri ini mengaku tidak lah begitu sempurna aurat saya ditutup. Namun diri ini juga tidak sanggup melihat perubahan remaja serta pemikiran muslimin sekarang yg berasa bangga dgn trademark 'bertudung, tapi masih style..' ia telah byk mencerminkan imej Islam yg salah dan membuatkan keindahan Islam itu hilang. seolah2 diri mereka itu begitu murah utk dipertontonkan kpd org lain. mahu diri ini menyelitkan serba sedikit firman2 Allah yg berkaitan dgn perkara ini namun byk lagi benda eden nak buat haa. insyaAllah, moga sedikit sebanyak ia membuka minda si pembaca dan menjadi pengingat diri sendiri yg sering alpa. ikhlas dari hati sebagai seorang saudara sesama Islam. Memang diri ini tidka perfect. tapi kalau mahu tunggu perfect, sampai bila pon kebenaran tak dpt nak ditegakkan bukan? sekian.

1 comment:

  1. great !
    sama sama kita sedar akan perbuatan yang kadang kala kita tak perasan kesalahannya di jalan Allah

    ReplyDelete