MY NAME IS FARAH NABILAH A.R. AND THIS IS A LOVE SHARING. WELCOME AND MAY PEACE BE UPON YOU :)

Wednesday, January 23, 2013

10 points! syarat amalan diterima.




bismillahirrohmanirrohim



1. Tujuan Allah ciptakan kita di muka bumi adalah untuk beribadah. (Ad-Dzariyyah 51:56)


2. Dalam kalimah syahadah yang kita ucapkan, kita sudah pon terikat dengan perjanjian. Perjanjian pertama ialah ‘Tiada Tuhan selain Allah’ dan kedua ‘Nabi Muhammad pesuruh Allah’.

3. Di sini, dpt lah kita lihat, dalam setiap ibadah yang kita lakukan, haruslah menepati dengan perjanjian yang telah kita ikrarkan. Ini menjadi bukti akan syarat ibadah dan amalan yang diterima Allah swt. Which are:



a page from OwhSoMuslim book (ways to enter jannah)


4. ‘Tiada Tuhan selain Allah’ yang merujuk kpd, keikhlasan. Maknanya, segala yang kita lakukan diniatkan hanya lah semata2 kerana Allah, tanpa ada apa2 unsur mensyirikkan Allah.

5. ‘Nabi Muhammad pesuruh Allah’ yang merujuk kpd, ittiba’. Ittiba’ kepada Rasulullah SAW. Kita telah pun mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW itu ialah pesuruh Allah. Kita mengakui tujuan baginda diutuskan adlh untuk mengajarkan kita cara beribadah yang tepat kpd Allah swt. Oleh itu,  kita telah pon mengakui bhw segala ibadah yang kita lakukan harus lah bertepatan dengan apa yang diajarkan oleh baginda SAW. Harus ada dalil2 yang sahih untuk kita rujuk, dalam segala ibadah dan amalan yang kita lakukan. Bukan ikut2 an. Rasulullah SAW itu adalah contoh terbaik untuk umat, ada amalan yang lebih baik drpd amalan baginda SAW kah?

6. Dalam setiap amalan, kita lakukan dengan penuh harapan agar ia diterima Allah swt. Dalam kekeliruan masyarakat, mengapa tidak kita ambil apa yang memang sudah terangtang2 sahih dan benar datangnya drpd Rasulullah SAW? Mengapa kita nakk juga ambil yg syubhah, yang tidak jelas itu. Hmm, sesuatu utk difikir2kan.

7. Lagi pon Allah dah beritahu dlm Quran, surah Al-Imran (3), ayat 31-32


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika BENAR kamu mengasihi Allah, MAKA IKUTILAH DAKU, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (3:31)

Ibnu Katsir rahimahullah menafsirkan ayat ini dengan ucapannya: "Ayat yang mulia ini sebagai hakim bagi setiap orang yang mengaku cinta kepada Allah, akan tetapi tidak mengikuti sunnah Muhammad saw. Krn orang yg seperti ini bererti dusta dalam pengakuan cintanya kepada Allah, sehinggalah dia ittiba' kepada syari'at agama Nabi Muhammad saw dalam segala ucapan dan tidak tanduknya." (Ibnu Katsir, 1/358)

8. Dan, dalam masa yang sama, Allah juga pernah memberi amaran bahawa

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).

9. SO THE KEY WORDS FOR SYARAT AMALAN DITERIMA HERE ISS AGAINN:
1) IKHLAS (sincerity) 2) ITTIBA'URRASUL (as how Prophet SAW taught us)

Wallahua’lam. Teruskan lah usaha dalam mencari kebenaran. Ini hanyalah sedikit yang dapat saya kongsikan. Let us study more untuk kita betul2 firm dgn apa yg kita lakukan.

10. Moga Allah beri kita semua petunjuk, hidayah dan taufiqNya. GAMBATTE!!  ^^,





1 comment: