fiuh! 3 hari nak rujuk segala fakta2 ini. mengalahkan buat assignment kat UIA! haha. takpelah, dah minat belajar, nak buat cmne. Moga ada manfaat dan penerimaan di sisi Allah swt. moga2. insyaAllah.
berikut adalah perkongsian balas, untuk sebuah artikel awesome bertajuk maulidur-rasul-anugerah-ilahi oleh Brother Ibnu Hanaffi, di link
http://amirulasyrafhanaffi.blogspot.com/2014/01/maulidur-rasul-anugerah-ilahi.html
*DISCLAIMER*
Saya Farah Nabilah Abdul Rahman, pelajar ijazah pengkhususan dlm bidang Psikologi dan insyaAllah elektif dalam bidang Ilmu Wahyu (biiznillah) menulis ini sebagai seorang MASYARAKAT UMUM dan PENIMBA ILMU, dan bukan seorang kyai, si 'alimm atau si 'ariff yang boleh memberi fatwa, kata2 dijadikan dalil atau sebagainya. Berikut hanyalah PERKONGSIAN BALAS akan apa yg sy pelajari dan fahami, dengan dasar berkongsi dan berbincang ilmu, dan bukanlah untuk bergaduh, memandai2, memburukkan keadaan atau pun membesar2 kan perkara yang tak perlu diperbesarkan. Ini hanyalah perbincangan ilmiah, maka harapnya tiadalah yang memperbesar2kan pula hal ini. Harap dibaca dengan niat ingin sama2 belajar, dan membaca sampai habis sebelum 'melompat' kpd sebarang konklusi. Maafkan segala kedhaifan diri. Sekian, wassalam.
Maka dengan ini, bermulalah penulisannya:
Pada suatu hari, tersebutlah kisah..
EH?
K tak kelakar :B
begini:
" Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamualaikum wrt wbt.
Terima kasih br atas penerangan yg jelas.
Spt yg br katakan di point ke 32, “Mohon teguran di mana saya tersilap dan
mohon maaf juga jika saya ada mengguris hati mana-mana pihak.”
Di sini, sy bukan lah niat nak menegur tetapi mungkin lebih
kepada berkongsi pula perkara yg saya faham berkenaan perkara ini, yg mungkin
boleh kt analisis sekali.
Sy terus kepada point2 tentang apa yg sy faham:
1. Kegembiraan Abu Lahab sebagai
contoh
a.
masyaAllah, sesungguhnya
Allah swt itu sgt pemurah dan penyayang sifatNya. Tentu, alangkan Abu Lahab sendiri
gembira, apatah lagi kita sebagai umat Rasulullah saw yang mengikuti ajaran yang
disampaikan oleh baginda SAW, pasti berkali ganda kegembiraan kita. Tiada siapa
pernah nafikan bahawa peristiwa kelahiran Nabi saw adalah peristiwa yang penting
kerana ia pencetus kepada sebuah civilization dan menjadi asbab pembawa rahmat
kepada umatnya yang mengikuti ajaran Rasulullah saw. Kita bersyukur kpd Allah
swt dan kita gembira. Namun perkara yang menjadi persoalan di sini ialah, bagaimana
cara kita melahirkan atau menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran kita? Adakah
dengan cara yang diyakini akan diredhoi oleh Allah dan Rasul berdasarkan
kesahihan, atau sebaliknya?
b.
Sudah tentu semua tahu
bahawa cara untuk menunjukkan kecintaan kita pada Nabi Muhammad SAW adalah
dengan melakukan apa yg diredhoinya kerana apa yg diredhoi oleh Rasulullah,
akan diredhoi oleh Allah swt berdasarkan ayat dlm surah al-Imran, 31 :
c.
”Jika kamu (benar-benar)
mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni
dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
d.
Dan antara cara untuk membuktikan kecintaan pada Rasulullah saw
ialah dengan 1) mendahulukan dan
mengutamakan beliau dari siapa pun seperti yg disebut dlm hadis “Sesungguhnya
Allah telah memilih Kinanah yang terbaik dari keturunan Isma’il. Lalu Allah
pilih Quraisy yang terbaik dari Kinanah. Allah pun memilih Bani Hasyim yang
terbaik dari Quraisy. Lalu Allah pilih aku sebagai yang terbaik dari Bani
Hasyim.” (HR. Muslim no. 2276, Watsilah bin Al Asqo’)
e.
Seterusnya, ialah dengan
2)membenarkan segala yg disampaikan, 3)beradab, 4) mengikuti dan berpegang pada
petunjuk beliau, 5) berhakim kpd ajaran nya, 6) membela ajaran dan 7)
menyebarkan sunnahnya. Ini semua berdasarkan dalil2yang sahih dan tiada
perselisihan pendapat.
f.
Maka, perkara yang menjadi
persoalan sekarang ialah, adakah dengan mengadakan perayaan khusus pada dan
sempena kelahiran Rasulullah saw, merupakan perkara yang diyakini
kebenarannya dan penerimaannya dalam menzahirkan kecintaan kita pada Rasulullah
saw?
g.
Kita katakan, ikutilah
ajaran Rasulullah saw. Dan ada yg menyatakan, mana mungkin Rasulullah menyambut
kelahirannya sendiri.
h.
Baik. Maka, siapakah yang
perlu kita lihat, contohi, dan berhujah dengan selepas itu? Sudah pastinya para
sahabat Nabi saw, tabi’en, dan tabi’ tabi’een.
i.
Seperti mana yang dibacakan
dalam hadis:
“Wahai Rasulullah, sepertinya ini adalah nasehat perpisahan. Lalu apa
yang engkau akan wasiatkan pada kami?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallambersabda,
أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ
وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِى فَسَيَرَى
اخْتِلاَفًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِى وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ
الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ
وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
“Aku wasiatkan kepada kalian untuk bertakwa kepada Allah, tetap
mendengar dan ta’at walaupun yang memimpin kalian adalah budak Habsyi. Karena
barangsiapa yang hidup di antara kalian setelahku, maka dia akan melihat
perselisihan yang banyak. Oleh karena itu, kalian wajib berpegang pada
sunnahku dan sunnah Khulafa’ur Rosyidin yang mendapatkan petunjuk. Berpegang
teguhlah dengannya dan gigitlah ia dengan gigi geraham kalian. Hati-hatilah
dengan perkara yang diada-adakan karena setiap perkara yang diada-adakan adalah
bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.”
(HR. Abu Daud no. 4607 dan Tirmidzi no. 2676. Hadits ini dikatakan shohih
oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho’if Sunan Abu Daud dan Shohih wa Dho’if
Sunan Tirmidzi)
j.
Ulama’ adalah kata jamak
drpd perkataaan ‘alimm yang bermaksud, mengetahui, atau mereka yang mengetahui
tentang perkara tersebut secara mendalam. Dan ‘ulamaa yang paling ‘alimm
pastilah mereka yang hidup pada zaman Nabi Muhammad saw, dan mereka yang lebih
dekat dengan itu. Ulama’2 kontemporari, masyaAllah, sudah tentunya kita
menghormati dan mengambil pelbagai ilmu warisan mereka. Namun pada masa yang
sama, kita juga harus jelas dalam kaedah2 memahami pendapat ulama’. Antaranya,
saya quote terus: (rujukan dalam nota kaki 1)
a. Berdasarkan ijma’ para ulama, tidak ada seorang pun setelah para sahabat yang pendapatnya menjadi hujjah dalam masalah agama. Adapun para sahabat, maka pendapat mereka masih diperselisihkan apakah cukup kuat untuk dijadikan hujjah ataukah tidak. Sedangkan pendapat yang rajih (kuat) dalam masalah ini ialah bahwa pendapat sahabat adalah hujjah dengan syarat-syarat dan kondisi tertentu.
a. Berdasarkan ijma’ para ulama, tidak ada seorang pun setelah para sahabat yang pendapatnya menjadi hujjah dalam masalah agama. Adapun para sahabat, maka pendapat mereka masih diperselisihkan apakah cukup kuat untuk dijadikan hujjah ataukah tidak. Sedangkan pendapat yang rajih (kuat) dalam masalah ini ialah bahwa pendapat sahabat adalah hujjah dengan syarat-syarat dan kondisi tertentu.
b.
Setiap ulama bisa
benar dan bisa salah dalam berpendapat, dan yang menjadi patokan dalam
masalah ini adalah dalil syar’i. Mereka hanyalah berijtihad yang bila benar
mendapat dua pahala, namun bila salah mendapat satu pahala sedangkan
kesalahannya diampuni. Akan tetapi kesalahan mereka tetap tidak boleh diikuti
setelah kita mengetahuinya.
c.
. Berdasarkan ijma’ para ulama, siapapun yang telah jelas
baginya ajaran/hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,
maka tidak halal baginya untuk meninggalkan hadits tersebut karena mengikuti
pendapat orang lain, siapapun orangnya
k.
Baik. Kt kembali pada
persoalan tadi, adakah dengan beribadah dalam mengadakan perayaan khusus
pada dan sempena kelahiran Rasulullah saw, merupakan perkara yang diyakini
kebenarannya dan penerimaannya dalam menzahirkan kecintaan kita pada Rasulullah
saw?
l.
Jika benar, siapa yang
boleh men-sahih-kannya? Dan siapa yang lebih layak kata2 nya utk kita berpegang
dengannya?
m.
Kita pergi pada point
seterusnya.
__________________________________________________
__________________________________________________
2. Berkenaan hujah tentang
“kulla bidaatin dolalah wa kulla dolalatin finnaar”.
a.
Sy setuju bahawa kita tidak
boleh sekejap mentakwil, dan sekejap tidak mentakwil dalil yang kita gunakan.
Sy setuju yg kt harus bersikap adil. Kerana bersikap adil lah, para ulama’
tidak hanya menggunakan dalil ini untuk mengeluarkan maksud atau jenis bid’ah.
Para ulama’ mengatakan bahawa maksud bid’ah (atau dari segi bahasa, perkara
baru) yang merujuk kepada ibadah ini merangkumi dalil2 yang lain juga seperti:
i.
Man ahdasa fi amrinaa
haza ma laisa minhu fahuwa roddu
“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka
perkara tersebut tertolak” (HR.
Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)
ii.
“Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan berasal dari kami, maka amalan tersebut tertolak” (HR. Muslim no. 1718
Hadis2 sahih tersebut semuanya
merujuk kepada perkara ibadah. Adapun
perkara2 seperti yg br. cakapkan, FB, twitter, kereta, itu semua termasuk dlm
perkara2 muamalah atau perkara2 dunia yg dibenarkan utk ber’bid’ah’, atau dlm
kata lain, dicipta baru, seperti mana yang dinyatakan oleh Rasulullah saw
sendiri, melalui kata2 Baginda saw:
iii.
“Kalian lebih
mengetahui tentang urusan dunia kalian” (HR Bukhari)
Sejarah hadis ini adalah apabila Rasulullah
saw mencadangkan agar di’kahwinkan’ benih pokok, namun hasilnya kurang menjadi,
dan ini respon baginda saw.
b. Kemudian, kita pergi kepada
punca masalah perbezaan pendapat kita iaitu: bid’ah hasanah. Atau dengan lebih tepat, bid’ah
mahmudah. Tidak dinafikan beberapa tokoh sarjana Islam telah menggunakan istilah
ini, kerana ia disebut oleh beberapa ulama contohnya seperti Imam Syafi’e, Imam
al-Nawawi dan Imam al-Sayuti, rahimahumullah.
c. Namun, setelah kajian yang
teliti dilakukan oleh para ulama’ sendiri, mereka mendapati maksud bid’ah mahmudah
yang disebut adalah merujuk kepada bid’ah mahmudah, dari sudut BAHASA. Dan bukan
syar’ie. Atau dalam kata lain, perkara2 duniawi, bukan
perkara2 ibadah.
perkara2 ibadah.
d. Terdapat penjelasan yang
panjang tentang hal ini, jika dikupas satu persatu kata2 ulama’ ini memang akan
panjang. Namun di sini, sy ambil kata2 seorang ulama’ iaitu Imam al-Sayuti dan
nyatakan penjelasan secara ringkas akan
maksud sebenar kata2 nya.
e. Dalam kata2 As-Sayuti tentang
perkataan bid’ah hasanah, beliau merujuk kepada perkara2 yang bukan merangkumi ibadah,
namun perkara2 muamalah. Di sini sy quote-kan kata2 beliau:
f.
“Bid‘ah Hasanah disepakati keharusan membuatnya. Juga
disunatkan demi mengharapkan pahala bagi sesiapa yang baik niatnya. Iaitu
setiap pembuatan bid‘ah yang bertepatan dengan kaidah-kaidah syarak tanpa
menyanggahinya sedikit pun. Perbuatannya tidak menyebabkan larangan syarak.
Ini seperti membina mimbar, benteng pertahanan, sekolah, rumah (singgahan)
musafir dan sebagainya yang terdiri dari jenis-jenis kebaikan yang tidak
ada pada zaman awal Islam. Ini kerana ia bertepatan dengan apa yang dibawa oleh
syariat yang memerintahkan membuat yang ma’ruf, tolong menolong dalam kebaikan
dan taqwa.” (al-Sayuti, al-Amr
bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’, m.s. 25.)
g. Di sini, dapat kita lihat
contoh yg diberikan tiada langsung berkenaan ibadah, namun perkara2 muamalah.
Bahkan, Imam al-Sayuti sendiri tidak menyifatkan ibadah2 khusus yang tiada
dalil sahih dari Nabi saw sebagai bid’ah hasanah. Contohnya, berkenaan solat
raghaib:
h. “Ketahuilah olehmu, semoga Allah merahmatimu,
sesungguhnya membesarkan hari tersebut dan malamnya (hari dan malam Jumaat
pertama bulan Rejab) hanya perkara baru yang dibuat dalam Islam selepas
400 tahun. Diriwayatkan mengenainya hadith yang palsu dengan sepakat
ulama yang mengandungi kelebihan berpuasa pada siangnya dan bersolat pada
malamnya. Mereka menamakan solat Raghaib … Ketahuilah sesungguhnya solat
yang bid‘ah ini menyanggahi kaedah-kaedah Islam dalam beberapa bentuk.”
(al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’, m.s. 52 & 54 (nukilan berpisah))
(al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’, m.s. 52 & 54 (nukilan berpisah))
i.
Dalam ayat ini, al-Imam al-Sayuti
rahimahullah tidak menamakan solat ini sebagai Bid‘ah Hasanah sekalipun ia
disebut dalam beberapa kitab seperti Ihya ‘Ulum al-Din. Jika setiap yang
dianggap baik dilabelkan sebagai Bid‘ah Hasanah maka solat ini juga patut
dianggap Bid‘ah Hasanah. Namun mengada-adakan perkara baru dalam cara ibadah
bukanlah Bid‘ah Hasanah.
j.
Berikut adalah penjelasan ringkas tentang
maksud sebenar salah seorang imam yang menggunakan istilah bid’ah
hasanah/mahmudah. Untuk penjelasan yang lebih lanjut akan maksud sebenar
istilah yang digunakan oleh ulama2 lain (e.g .Imam Syafi’e dll, boleh rujuk
buku “Bid’ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami, Dr. MAZA” atau link nya, http://www.hafizfirdaus.com/ebook/BidahHasanah/Bab2.htm
k. Jika terdapat persoalan
tentang perkataan ‘bid’ah’ yang disebut oleh Umar r.a. tentang solat terawikh,
ia juga merujuk kpd perkataan ‘bid’ah’ dari segi bahasa atau keadaan. Kerana
Rasulullah saw sebenarnya juga melakukan solat terawikh pada zaman baginda saw.
Untuk penjelasan lanjut, boleh rujuk: http://www.hafizfirdaus.com/ebook/BidahHasanah/Bab3.htm
atau http://muslim.or.id/manhaj/mengenal-seluk-beluk-bidah-2.html
l.
Jika terdapat persolan tentang pengumpulan
Al-Quran, ia bukanlah bid’ah hasanah kerana ia merupakan ijmak para sahabat, sedangkan
perayaan maulid Nabi tidak ada ijmak para sahabat. Untuk penjelasan lanjut,
boleh rujuk
http://muslim.or.id/soal-jawab/soal-146-pengumpulan-al-quranbidah-hasanah.html
http://muslim.or.id/soal-jawab/soal-146-pengumpulan-al-quranbidah-hasanah.html
__________________________________________________
3. Tentang hukum
a. Sefaham saya, apabila
berhukum, ada beza antara ibadah dan muamalah (atau adat).
Hukum segala perkara
ibadah: asalnya adalah haram
melainkan yg disyariatkan.
Hukum segala perkara
muamalah: asalnya adalah
harus/dimaafkan melainkan yg diharamkan.
b. Perkara2 muamalah ini,
sekiranya dilakukan untuk 1. meraih redho Allah swt, dan 2. dlm rangka untuk
menyempurnakan ibadah (e.g., makan, bekerja, mengemas etc) ia juga dikira
sebagai ibadah yg lebih luas rangkanya, atau lebih dikenali sebagai ibadah
umum. Perkara2 muamalah ini jika tidak dilakukan, maka tidak dapat
menyempurnakan ibadah. E.g. kalau tidak
makan, bagaimana nak sihat dan beribadah. Kalau tidak bekerja, bagaimana nak
sara diri dan beribadah dengan baik. Ia adalah perkara muamalah yg digelar
ibadah UMUM kerana ia dilakukan utk redho Allah dn utk menyempurnakan ibadah.
Maka segala hukum untuknya jatuh di bawah hukum perkara muamalah.
c. Ini sekaligus menafikan kata2 seperti “kalau
bid’ah tak boleh untuk perkara ibadah saja, makan benda baru yg Nabi tak makan
pon x boleh, sebab makan pon dikira sebagai ibadah”. Ya, ibadah umum, yang
asalnya adalah muamalah. Jadi hukum perkara muamalah ialah: asalnya harus
melainkan yg diharamkan.
d. Berikut adlh kaedah yang
digunakan oleh ulama Syafi’iyyah:
“Hukum
asal ibadah adalah tawaqquf (diam sampai datang dalil)”
(Ibnu Hajar rahimahullah, dalam Fathul Bari, 5:43)
“Penetapan
ibadah diambil dari tawqif (adanya dalil)” (Ibnu Hajar
rahimahullah, dalam Fathul
Bari, 2: 80).
Imam ibn Taimiyah juga ada menjelaskan tentang
perkara ini:
“Hukum asal ibadah adalah tawqifiyah (dilaksanakan jika ada dalil). Ibadah tidaklah diperintahkan sampai ada perintah dari Allah. Jika tidak, maka termasuk dalam firman Allah (yang artinya), “Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah?” (QS. Asy Syura: 21).
Sedangkan perkara adat (non-ibadah), hukum asalnya adalah dimaafkan, maka tidaklah ada larangan untuk dilakukan sampai datang dalil larangan. Jika tidak, maka termasuk dalam firman Allah (yang artinya), “Katakanlah: “Terangkanlah kepadaku tentang rezki yang diturunkan Allah kepadamu, lalu kamu jadikan sebagiannya haram dan (sebagiannya) halal” (QS. Yunus: 59). Oleh karena itu, Allah mencela orang-orang musyrik yang membuat syari’at yang tidak diizinkan oleh Allah dan mengharamkan yang tidak diharamkan. (Majmu’ Al Fatawa, 29: 17).
e. Memandangkan mengadakan suatu perayaan ibadah
KHUSUS pada dan sempena hari kelahiran Rasulullah saw adalah suatu
perkara ibadah, maka perkara yang perlu kita tanya ialah, di mana dalil yang
mensyariatkannya? Dan bukan lah pertanyaan, di mana dalil yang mengharamkannya?
Bahkan imam Malik r.a. pernah berkata :
“Umat
saat ini tidak bisa menjadi baik melainkan dengan mengikuti baiknya generasi
Islam yang pertama”
f. Melakukan ceramah2 berkenaan Rasulullah saw,
sejarah perjuangan dan sebagainya secara berterusan dan bukan khusus untuk
perayaan sambutan Mauliduurasul adalah berlainan konteksnya.
__________________________________________________
4. Doa
a.
Doa
bermaksud permohonan. Sudah tentu kita boleh memohon apa saja daripada Allah
swt. Allah memahami segala permohonan hamba2 Nya tidak kira lah dalam bahasa apa
dan bagaimana ayatnya disusun sekalipun. Jadi, berdoa dengan doa yang kita
ucapkan sendiri bukan lah bererti mencipta ibadah yang baru kerana doa itu
adalah ibadah yang disuruh oleh Allah swt, diajar Rasulullah saw dan diamal
oleh Khulafa’ Ar-Rasyideen. Sudah pasti adalah lebih afdhal mengamalkan
doa2 yang diajarkan oleh Rasulullah saw, namun pada masa yang sama, tidak lah
menjadi dosa atau dikira mencipta ibadah yg baru jika kita menyebut doa dengan Bahasa
atau susunan ayat sendiri, selagi ia tidak bertentangan dengan perkara2 yang
dilarang tentang doa. Contohnya seperti mendoa berharap kematian, disegerakan
hukuman di dunia, dll yang mempunyai dalil2 sahih dari hadis Rasulullah saw.
b.
Contoh hadis: “Jangan sekali-kali
salah seorang dari kalian mengharap-kan kematian karena suatu bahaya yang
menimpa diri-nya. Jika dia harus mengharap kematian, hendaknya dia mengatakan,
‘Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan lebih baik bagiku, dan wafatkanlah
aku jika wafat adalah lebih baik bagiku.’” (HR. al-Bukhari, no.6351 dan
Muslim, no.2680)
c.
Satu lagi, kalau pon kita mahu berdalil
dengan kisah Rafi’ah dan doa beliau, pada waktu dan ketika itu, terdapat
Rasulullah saw yang boleh memberi pendalilan dan jaminan bahawa apa yg
dilakukan itu dibenarkan atau tidak. Sekalipun beribadah mengadakan perayaan
khusus pada dan sempena kelahiran Rasulullah saw, siapa yg boleh menjamin
kesahihan penerimaannya? Sedang para ulama’ muktabar sendiri sering
memperingatkan tentang bahaya nya kesan bid’ah. Sedang para sahabat, tabi’,
tabi’ tabieen yang lebih memahami agama ini sendiri tidak melakukannya, maka
mengapa perlu kita? Dari manakah sebenarnya asal perayaan ini?
5. Tarikh sebenar kerasulan Rasulullah saw.
a. Saya tidak nafikan yang terdapat perbezaan
pendapat berkenaan tarikh sebenar kelahiran Rasulullah saw. Yang pastinya,
Rasulullah saw lahir pada hari Isnin, tahun Gajah.
Dan
berkenaan fakta yang diberikan br., ada sedikit perbezaan kerana sepanjang
pembacaan saya, tarikh yang paling tepat yang dipersetujui oleh kebanyakan para
sejarawan, ahli falaq dan ahli pengkaji ialah antara 8hb atau 9hb Rabiul Awal. Namun
begitu, memang tiada tarikh tepat yang dipersetujui oleh SEMUA yang mengkaji.
Antara punca kegagalan penemuan ini adalah kerana tindakan para sahabat Nabi
saw yang tidak merayakan perayaan tersebut.
b. Br. juga mungkin berminat
untuk membaca sejarah perayaan Maulid ini, yang secara konklusinya, sepanjang
pembacaan saya, terdapat dua versi.
c. Versi pertama, dalam Fatwa Al-Azhar, dikatakan perayaan maulid ini
bermula dari kerajaan Syiah Fatimiyyah oleh salah seorang ketua yang bernama
Al-Muiz. Mereka juga menyambut kelahiran ahlul2 bait, peristiwa isra’ mi’raj
dan perayaan tahun hijrah. Perkara2 ini dilakukan untuk mengambil hati rakyat
kerana takut digulingkan rakyat dan bagi mengekalkan kuasa, memandangkan
setelah kaum Syiah mendirikan egara sendiri di Mesir dan Syam (yg mereka namai
Al-Fathimiyyah) , kaum muslimin di sana tidak menyukai cara pemerintahan
mereka.
d. Berdasarkan sejarah yang
direkodkan ini, ia menunjukkan tujuan utama wujudnya maulid bukanlah untuk
menunjukkan kecintaan pada Rasulullah saw namun untuk mengekalkan kuasa dan
menambat hati rakyat agar kuasa mereka tidak digulingkan rakyat.
(Al-Ihtifal bi al-Maulid an-Nabawi, Nasy’atuhu-Tarikhuh-Haqiqatuh-Man Ahdatsuh, Ibrahim bin Muhammad al-Huqail, hal: 5).)
e.
Ada juga yang merekodkan bahawa 12hb Rabiul
Awal juga adalah tarikh kewafatan Rasulullah saw. Br. mungkin blh baca selanjutnya di sini http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=184
f.
Persoalan yang
mungkin timbul ialah, wajarkah kita merayakan Mauliddur Rasul yg juga merupakan
hari atau bulan perkabungannya?
g. Versi kedua, masa Crusade
wars. Process of acculturation took place. Christian cuba untuk menerapkan
nilai2 mereka dalam ajaran Islam, maka terdapat beberapa adat dan perayaan
mereka yang sedikit sebanyak mempengaruhi amalan Muslims, termasuklah sambutan
perayaan kelahiran Rasulullah saw, yang diadaptasi dari sambutan kelahiran
Jesus, yang dinamakan Christmas (Christ + Mass).
______________________________________________________
______________________________________________________
6. Contoh Laylatul Qadr.
Bagi saya, secara
peribadi, perbandingan ini mempunyai fallacy. Bagaimana ye Laylatul Qadr, yang
mempunyai dalil sahih akan waktunya (iaitu antara 10 terakhir Ramadhan) dan
mempunyai dalil sahih, akan fadhilat untuk mencari dan mengimarahkan malam2
tersebut, boleh disamakan dengan sambutan khusus Maulid Nabi, yang tiada kata
sepakat akan tarikhnya, dan tiada dalil sahih akan fadhilat untuk merayakannya?
______________________________________________________
7. Sebenarnya banyak lagi yang
boleh kita bincang dan bahaskan tentang perayaan maulid nabi saw. Tetapi,
setelah saya kaji, menganalisis pendapat2, saya fikir, sungguhlah mengapa
bersungguh benar kita dalam mempertahankan perkara yang terlalu banyak hujah yang
menafikannya, sedangkan terdapat sungguh banyak lagi ibadah2, yang memang
datang dari sandaran dalil yang sahih dari yang TERBAIK, dan tiada yang lebih
baik dari itu. Sungguh banyak lagi cara2 untuk menunjukkan yang kita menyayangi
Rasulullah saw dengan cara yang diyakini kebenarannya. Apakah sudah
selesai kita melakukan ibadah2 yang sahih sehingga kita perlu bertungkus lumus mempertahankan
ibadah baru yang ulama2 sendiri telah menjelaskan penafian kebenarannya? Risau,
apabila terdapat banyak pendapat yg kuat menukilkan ia termasuk dalam perkara
bid’ah, risau sia2 amalan kita. Lagi pula, yg sy belajar, 2 syarat amal
diterima ialah : ikhlas, dan ittiba’urRasul.
8. Namun begitu, tentang pahala,
niat, bagi mereka yang tidak mengetahui, tidak lah kita menilai apa yg di sisi
Allah swt. Kita hanya boleh nilai apa yg kt boleh nilai, iaitu apa yg dizahirkan.
Dan kita hanya berbincang akan isu yg zahir.
9. Adapun kita sebagai seorang
penuntut imu, suka untuk sy quote kata2 dari Imam Syafie rahimahullah iaitu:
10.
“Jika
terdapat hadits yang shahih, maka lemparlah pendapatku ke dinding. Jika engkau
melihat hujjah diletakkan di atas jalan, maka itulah pendapatku.” (Majmu’ Al Fatawa, 20: 211.)
“Jika kalian mendapati dalam kitabku sesuatu yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka sampaikanlah sunnah tadi dan tinggalkanlah pendapatku –dan dalam riwayat lain Imam Syafi’i mengatakan– maka ikutilah sunnah tadi dan jangan pedulikan ucapan orang.” (Al Majmu’ Syarh Al Muhadzdzab, 1: 63.)
11. Tidaklah saya ingin menghukum
sesiapa di sini, tetapi, dalam perkara2 berkenaan ibadah yang baru diwujudkan
ini, adalah lebih baik jika kita mengambil jalan yang sahih dan selamat, dan
bersih dari sebarang penafian oleh mereka yang jauh sudah mengkaji perkara2
sebegini, iaitu para ulama’ sendiri. Bahkan, tentu Nabi Muhammad saw, para
sahabat, tabi’ tabieen adalah mereka yang lebih memahami akan maksud hadis,
serta ajaran Islam itu sendiri. Dan sudah pasti, setelah kita bertungkus lumus
beribadah, kita mahu agar ia diterima oleh Allah swt, dan tidak risau ia
menjadi sia2 dengan beramal pada perkara yang tidak diragui kebenarannya.
12. Lagi pula, Imam Malik r.a.
pernah berkata:
13. “Sesiapa yang membuat bid‘ah dalam Islam dan menganggapnya
baik maka dia telah mendakwa Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhianati
risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: “Pada hari ini aku telah
sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi
agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini.” (al-Syatibi, al-I’tishom, m.s. 35.)
14. Benar, perkara tentang maulid
ini bukanlah perkara akar dalam Islam, kerana ia merangkumi rangka ibadah dan
bukan aqidah. Ada banyak juga perkara lain yang penting. Namun, saya menulis
perkongsian balas ini kerana sy mengenali saudara dan berkongsi atas dasar
ilmu. Saya tidak lah menjatuhkan mana2 fatwa kerana sy bukan lah seorang yg ‘alimm dan ariff dlm soal agama, tetapi ini
hanyalah perkongsian balas seorang Muslim, msyrkt umum, yang terhad ilmu dan
pengetahuan, namun sentiasa ingin menimba dan mengamal ilmu yang benar.
15. Seperti br juga, mohon
teguran di mana saya tersilap dan mohon maaf juga jika saya ada mengguris hati
mana-mana pihak.
16. Untuk rujukan, saya telah
bertanya dan mendengar penjelasan dari para ilmuan yang berbeza, buku, dan pelbagai
laman2 yang ada sumber. Jika br mahu rujukan, boleh saya beri insyaAllah.
17. Jazakallahu khair juga kpd br
kerana telah mmberi sy peluang utk berbincang dan berkongsi ttg perkara ini.
Moga Allah ampunkan segala kesilapan kita, membersihkan hati kita, dan membimbing
kita di atas jalan yang lurus hingga ke hembusan terakhir.
18. Sy akhiri juga dgn selawat “Allahumma
solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”
(Hadis Riwayat an-Nasaa’i, 5/67, no. 1275. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan an-Nasaa’i, 3/436, no. 1292.)
(Hadis Riwayat an-Nasaa’i, 5/67, no. 1275. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan an-Nasaa’i, 3/436, no. 1292.)
19. WALLAHUA’ALAM. Wassalamualaikum
wrt wbt.
Tak boleh juga membalas panjang di sini sahabatku. Saya arkibkan di nota Facebook saya:
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/notes/ibnu-hanaffi/maulidur-rasul-blog/659274390803569
Jazakillahu khayran kaseera =)