bismillahirrohmanirrohim
Makin banyak aku belajar, makin banyak pendedahan aku
tentang sesuatu perkara, especially tentang agama aku sendiri. Dan pendedahan
demi pendedahan ini, makin banyak membuatkan aku banyak persoalan, especially
tentang agama aku sendiri, again. Persoalan2 ini tanpa sedar membuatkan aku mula
menilai agama aku dari pandangan yang berbeza arah, bukan sahaja dari arah pandang
seorang born-muslim-in-a-muslim-family-living-in-a-muslim-country.
Namun sebaliknya. Terkadang, ada persoalan yang, kalau aku belum dapat jumpa
jawapan, aku gelisah, sebab ia membabitkan aqidah atau ada potensi untuk
mewujudkan misconception in Islam. Namun Alhamdulillah, sebelum trigger2 (baca:
trigger bukan tiger) ini terjadi, aku didedahkan dan dididik oleh mereka2 utk
tidak takut bertanya apabila tidak faham, atau meragui sesuatu, dengan niat
ingin belajar dan memahami. Dalam Islam, semua perkara ada jawapan, direct atau
indirect. Dan kdg2, ada soalan yang belum aku dapati jawapannya, kerana
kekurangan masa menggalinya, dan aku minta pd Tuhan utk tetapkan aku dlm jalan
yang lurus sampai hembusan nafas terakhir. Serious beb, kadang2 risau, sbb
kadang2 mula ter-overdominated persoalan yg aku rasa dtg drpd setan, dan
kehausan mencari jawapan yang mungkin boleh menyebabkan hati berpaling arah
dari Tuhan atau mula memandang sinis perkara yg sebenarnya suci. Oleh itu, aku
istighfar banyak2, dan aku bersyukur sebab Tuhan masih buat aku sedar.
Dan tadi, sedang aku membaca zikir petang, aku baca sekali
maknanya. Selalunya sebelum ini baca shj ayat Arabic tanpa belek makna dari
kertas sbb tak sempat and dah tahu dah maksudnya. Tapi tadi, Alhamdulillah ada
masa lebih, and nak feel lagi berzikir pd Tuhan, aku baca translation. Dan dalam
pembacaan tu, kali ni aku rasa penghayatan yg lain macam. Aku rasa, Tuhan
sedang beri aku jawapan dan ketetapan hati dalam jihad aku.
--------------------------------------------------------------
(Al-Baqarah:1-5)
Alif, Laam, Miim.
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang
syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula
menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan
mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan)
sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang
diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu
daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah
orang-orang yang berjaya.
--------------------------------------------------------------
Tuf Tuf Tuf ! macam kena tembak tepat
kat hati, tapi impact dia bukan menyakitkan, tapi menenangkan. Bayangkan hati
itu macam air, ayat2 dan kefahaman ayat2 ini macam peluru yang masuk dalam air
tu. Peluru tu macam kena telan, dipeluk air. Bila aku sebut kena tembak, aku tak maksudkan kesakitan, cuma aku nak gambarkan ketepatan tembakan tu yang terus zup, mengena! Ha mcm tu kot apa aku rasa.
Selagi kau berpegang utuh pada tali
Allah, sumber yang benar, dari Al-Quran dan sunnahnya, engkau akan berada di
jalan yang benar, Farah Nabilah.
Lepas tu aku rasa (personal punya rasa
dan opinion), sebab tu KOT, Allah letakkan di awalnya perkataan ‘alif, laam
mimm’ directly sebelum 4 ayat tersebut, its like, kenapa dlm byk2 explanation, Allah explain tentang perkara ini selepas perkataan 'alif laam mimm' itu sendiri? kenapa explanation psl ni dan bukan psl lain? Ayat yang meng-explain tentang keyakinan pd agama Allah, yg akan buat
kau TETAP BERADA di jalan yang lurus. Aku rasa, mungkin Allah sengaja susun begitu untuk tunjuk yang, tahap tinggi mana pon kau study,
tinggi gunung ke, tinggi awan ke, tinggi matahari ke, kau takkan pernah dan takkan mampu, discover maksud ‘alif,
laam mimm’ tu sendiri.
Hence, that indicates: tahap tinggi mana pon kau cuba nak faham sesuatu perkara, kau cuba nak berhujah sana sini, kau takkan mampu mengubah kebenaran agama Allah swt.
Wallahua’alam
No comments:
Post a Comment