MY NAME IS FARAH NABILAH A.R. AND THIS IS A LOVE SHARING. WELCOME AND MAY PEACE BE UPON YOU :)

Tuesday, August 20, 2013

V I S I, jatuh tang mana visi kita na?

bismillahirrohmanirrohim.



1. di sini sy ingin berkongsi sedikit, satu perkara menarik drpd apa yg sy pelajari drpd sebuah talk "How To Master Your Habits" (2/03/13, IIUM)

2. ianya berkanaan dgn VISI. ye, VISI.

3. kata Felix Y. Siauw, visi itu terbahagi kpd 3 iaitu:

  • VISI MATA
  • VISI AKAL
  • VISI DALIL

4. di sini sy akan menjelaskan makna visi2 ini, utk siapa, dan tahap2 nya.

5. VISI MATA. visi ini adalah visi yg PALING mudah. dan visi ini adalah utk org biasa. kerana visi ini terdorong daripada mata yang melihat akan hasilnya,  maka makin mudah utk yakin. tp pd masa yg sama, hasilnya hanya terbatas pada pandangan mata.

6. contoh: sejujurnya sy tak ingat contoh yg diberikan tp sy buat contoh sendiri drpd pemahaman sy (hehehe hopefully betul) : bila si A nampak si B menggunakan duit untuk membeli bunga, jadi si A tahu yg dia juga harus ada duit utk dapatkan bunga, dia NAMPAK hasil drpd duit itu, jadi si A mempunyai visi utk mencari duit hasil dari MATA nya yg lihat outcome duit.


7. VISI AKAL. visi ini masih dalam kategori mudah tapi 'up' sikit drpd visi mata kerana kali ini, visi ini bukan hanya perlukan mata, tapi juga perlukan akal. visi ini adalah utk pengusaha.

8. contoh: kalau dahulu, air mineral tidak dipaketkan, ia diambil dari air terjun or where ever it belongs. dan telah wujudnya si pengusaha yang menggunakan akal memikirkan ttg masa depan, lantas bertindak untuk melakukan bisnes 'pembotolan' air mineral walaupun tidak terlihat oleh mata akan hasilnya (berjaya atau tidak). namun dengan akal, dia memikirkan, faedah yg ia bkl memudahkan ramai orang, dan sbb 'jam2' yg bakal berlaku, maka dia mencari peluang yg difikirkan bakal menghasilkan untung. visi ini tak nampak dek mata, namun tercapai dek akal (or should i just say, make sense ;)


7. VISI DALIL. ye, ini lah visi yg PALING SUSAH sekali utk dilakukan. sebab, visi ini, tak nampak dek mata, tak tercapai dek akal, TAPI diyakini dengan dalil. visi ini utk, jeng jeng jengg, ahli syurga (!)

8. contoh: ketika perisitwa Isra' dan Mikraj, mana mungkin ternampak dek mata dan tercapai dek akal akan informasi yang, seorang manusia, dalam masa hanya 3/4 malam shj (dr 6 malam-6 pagi), telah "terbang" dari Masjidil Haram hinggalah ke Masjidil Aqsa, dan kemudian, dari bumi hingga lah ke langit ke -7 (dn seterusnya). namun, krn bicara ini datangnya dari Rasululullah saw, yg menjadi dalil utk kepercayaan umat Islam, maka Abu Bakr r.a. terus yakin, terus terima. ia dikatakan sukar, kerana ia hanya boleh diyakini, dengan iman serta kepercayaan yang mantap pada Allah swt.


9. by this, bukan lah bererti mata dan akal itu tidak penting untuk mendapatkan keyakinan. indeed, they are. as Allah swt has mentioned in surah Al-Mukminun, ayat 78,
"Dan Dia lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur."
(dlm ayat ini Allah swt menjelaskan yg walaupun dalil2 cukup byk, namun org kafir tetap ingin mengingkari, mrk tidak bersyukur)

9. di sini, sy lebih nak point out yang, kadang2 dalam hidup ini, kerap kali sgt (nampak tu. dah kerap kali, sgt lagi. nmpk betapa kerap kali dan sgt nya di situ? ehe. ok jgn nakal, betulkan ),  kerap kali kt ingin melakukan sesuatu, yg cepat kt nampak hasilnya, atau mudah kt fikirkan hasilnya. jadi kt lebih terkejar2 kan perkara2 itu berbanding dgn mengejar perkara2 yang ada jaminan dan janji drpd Allah swt sendiri, yg kadang tidak nampak dek mata, tidak tercapai dek akal, tapi diyakini dgn hati (iman).

10. sedangkan ia janji dr Allah, Yang memberi segala hasil itu sendiri.

11. hemah saya, mungkin kerana kt (termasuk diri sy) jarang2 sekali, menggunakan telinga, mata dan akal untuk memahami dan mempelajari dalil2 ini, sehingga ia tersemat dalam diri, hingga lumat dan SEBATI.

12. despite all the hardships, pains and struggles, mari lah kt sama2 usaha, agar visi dalil, terus2 an menjadi visi hidup kita.

13. lagi pun kan Kekasih Agung kt sudah beritahu dlm surah Al-Balad, ayat 4
"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)"
14. Allah swt gunakan perkataan, 'insaan', atau 'manusia' dlm ayat ini, to say that SETIAP manusia itu memang diciptakan berada dalam susah payah. Allah swt tak guna pon perkataan 'aamanu' atau 'org yg beriman' shj dlm ayat ini, tapi UTK SEMUA JENIS MANUSIA. krn hakikatnya, dlm hidup ini, setiap manusia ada masalah, whether you are a believer or not.

15. setiap manusia harus bersusah payah memikirkan masa depannya, bagaimana nak cari duitnya, bagaimana nak penuhi keperluan dirinya, tempat nak sambung belajarnya dan macam2 lah!

16. yang bezanya hanya lah, di akhir perjalanan itu: sama ada penat lelah kita menghadapi segala susah payah dlm hidup di dunia ini: berbaloi atau tidak. itu je.

17. memang sudah lumrah alam kan, yg terbaik itulah yg paling susah. makanya,

18. visi dalil, visi paling susah, tapi paling berbaloi bah!



"May Allah bestows us the strength and conviction to fulfill our vision, and our very reason of being created here in this world, and may that He guides, accepts and be pleases with all the efforts" aminn

AND THAT TO YOUR LORD, IS THE FINAL GOAL (53:42) 

this, i believe

No comments:

Post a Comment