2. Kerjasama memerlukan KESUDIAN kedua belah pihak untuk menjalankan lebih dari tanggungjawab asasnya, bagi memastikan 'the end result' atau keberhasilan pengurusan rumah tangga itu berjaya secara keseluruhan.
3. Perkara ini penting agar mentaliti kedua suami dan isteri tidak hanya terhenti pada tanggungjawab utama, tetapi lupa tanggungjawab keseluruhan dan sifat ihsan, akhirnya rasa kasih sayang dan belas kasihan makin pudar dan sifat pentingkan diri sendiri pula yang mekar.
4. Berapa banyak kita dengar kes penceraian dan pergaduhan kerana suami fikir tugasnya hanya keluar bekerja, beri duit, marah anak, lepak di kedai mamak, manakala isteri stress kerana sudahlah impiannya tidak kesampaian, suami pula entah tak endah akan pengurusan rumah dan anak. Tidak kurang juga kes suami bermadu di belakang isteri apabila isterinya hanya tahu menghabiskan duit, melaram, melancong dan tidak mempedulikan keperluan suami.
5. Kadang2, perkara kecil jika dibiar lama2 akan meletup juga suatu hari nanti.
6. Contoh mudah, waktu maghrib. Waktu maghrib adalah antara waktu yang kritikal terutamanya bagi mereka yang ada anak kecil.
7. Bagi suami isteri yang kedua2 bekerja misalnya. Sampai rumah pada waktu petang, suami ingin bergegas bersenam, mandi untuk ke masjid dan seterusnya makan malam, isteri pula ingin memandikan anak, menyiapkan diri dan menyediakan makanan.
8. Sebagai wanita, sering saya mendengar keluhan para isteri apabila suami langsung tidak prihatin dan hanya menyerahkan tanggungjawab menjaga anak dan menyediakan makan minum pada isteri, apatah lagi kalau isterinya juga bekerja. Akhir sekali, solat isteri ke mana, pengurusan dirinya ke mana, makan minum untuk keluarga pon kemana.
9. Bertoleransi dan bekerjasamalah. Saling bantu-membantu. Jangan ada rasa, 'ah, itu tanggungjawab kau. Pandai2 lah kau buat'.
10. Suami boleh tolong mandikan anak sementara isteri masak, atau suami tolong masak sementara isteri mandikan anak. Kalau ke masjid dan isteri belum selesai urusan, bawa anak sekali ke masjid agar isteri ada ruang untuk siapkan dirinya, solat, dan sediakan makanan. Balik dari masjid, inshaAllah isteri dah sempurnakan tanggungjawab dan boleh makan bersama2.
11. Suami perlu rajin menawarkan bantuan dan bertanya jika isteri perlukan bantuan. Jangan buat endah tak endah saja. Fahamilah sifat wanita yang lebih cenderung mengharap suami faham hanya dengan bahasa badannya.
12. Isteri pula ringankan mulut minta bantuan apabila memerlukan. Jangan asyik pendam2 dan kemudian masam mencuka. Fahamilah sifat lelaki yang lebih mudah memahami dengan berterus terang, jika tidak pening dia nak meneka hujung pangkal cerita.
14. Suami tidak perlu rasa malu dan seolah jatuh martabat jika bantu isteri melakukan kerja rumah. Percayalah, hal itu jika kau lakukan akan menambahkan rasa hormat dan sayang isterimu padamu, malah anakmu.
15. Isteri tidak perlu mendabik dada dan rasakan dirinya lebih bagus jika turut bekerja apatah lagi jika pekerjaannya lebih berstatus tinggi, atau bergaji tinggi. Percayalah, dalam diri setiap wanita itu makin damai dengan kasih sayang dan didikan seorang penjaga bernama suami.
12. Banyak lagi perkara lain yang perlukan kerjasama dan toleransi. Contoh, suami cari nafkah manakala isteri turut bantu dalam pengurusan kewangan dan tidak beremosi untuk berbelanja sakan, isteri bantu cari nafkah manakala suami turut bersama membantu menguruskan urusan rumah, isteri menyenaraikan barang keperluan manakala suami tolong belikan, suami sedang kesulitan dan isteri bantu mendamaikan dan macam2 lagi.
13. Islam adalah agama yang rahmah dan sempurna. Yang mementingkan kita melihat pada tanggungjawab kita dahulu, sebelum menuntut hak. Yang telah menjelaskan dalam Al-Quran, kepentingan sifat ihsan, kasih sayang dan belas kasihan dalam menjayakan sebuah rumah tangga.
14. In every success, there is sacrifices. Perkahwinan itu ialah syurga dunia, ia adalah sebuah nikmat. Dalam nya terdapat ketenangan yang tidak mungkin kita dapat di tempat lain. Mana mungkin kita kecapinya senang2, tanpa usaha dan pengorbanan.
15. Semoga kita semua diberikan kekuatan, hidayah dan taufiq dari Allah swt dalam menjalankan setiap tanggugjawab kita di muka bumi milik Nya ini, khususnya dalam urusan rumah tangga.
16. Saya tutup dengan dua potongan ayat dari Al-Quran.
“Dan tolong-menolonglah kalian dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kalian kepada Allah, sesungguhnya Allah amat keras siksa-Nya.”
(Al-Maa`idah:2)
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
(Ar-Rum: 21)
Yang juga sedang bertatih,
FNAR.