MY NAME IS FARAH NABILAH A.R. AND THIS IS A LOVE SHARING. WELCOME AND MAY PEACE BE UPON YOU :)

Saturday, September 10, 2016

8 TIPS MERANGKA MANIFESTO

[8 TIPS MERANGKA MANIFESTO]

*penulisan ini ditulis untuk bacaan umum namun lebih terperinci pada struktur pilihanraya kampus di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pilihanraya Kampus semakin dekat. Ada universiti yang sedang pun mengalaminya. Salah satu perkara yang menjadi nadi bagi setiap calon adalah manifesto yang ingin mereka bawakan.

Manifesto merupakan suatu perkara yang sangat penting. Ia merupakan manifestasi kepada segala aspirasi yang ingin calon bawakan. Manifesto menunjukkan kewujudan kita sebagai calon itu lebih objektif dan bermatlamat jelas kerana ia dapat mempamerkan perubahan, pembaikan dan solusi2 yang ingin kita tawarkan kepada pelajar, sekaligus membuktikan bahawa kemasukan ini bukan lah atas dasar ‘gila kuasa’ , ‘dipaksa’, ‘tamak jawatan’ atau yang sebagai dengannya.
           
            Pada tahun 2015, saya telah bertanding di kerusi kuliyyah (fakuti) Sains Kemanusiaan bersama 4 lagi calon yang lain. Alhamdulillah, saya telah berjaya memenangi undian majoriti sebanyak 937 daripada 3,155. Kini, ingin saya kongsikan 8 tips dalam merangka manifesto!





1. KENALPASTI ‘STAKEHOLDER’

'Stakeholder' maksudnya pihak-pihak yang berkepentingan.  
Stakeholder kita yang utama adalah para pelajar, secara keseluruhan. Jangan lupa para pelajar kita ada banyak kumpulan. Bukan kawan2 atau kumpulan yang kita biasa sahaja.

Seterusnya pihak pengurusan universiti, kementerian pelajaran, IIUM holdings dan banyak lagi. Kalau anda dihantar untuk bertanding dari mana2 pihak maksudnya mereka juga adalah stakeholder anda secara persendirian. Mereka ada interest atas kewujudan anda dalam pilihanraya tersebut.

This is when you as someone with principle, should be able to prioritize.

Pastikan stakeholder utama, iaitu pelajar yang berjumlah lebih 20,000 (di dalam UIA) benar2 merasai bahawa anda mewakili mereka, dan bukan hanya golongan tertentu. Inclusivity at it's best.


2. KENAL PASTI KUMPULAN SASARAN

Kenal pasti siapakah golongan yang anda ingin tawarkan sumbangan secara khusus.

Mudahnya, saya bahagikan kepada 3 peringkat :
1) Pelajar2 dalam kuliyyah/fakulti anda
2) Pelajar2 universiti secara keseluruhan
3) Pelajar2 tempatan dan antarabangsa

Daripada pecahan ini, dapatlah kita tentukan isu-isu apa kah yang penting dan kritikal bagi setiap kelompok ini untuk kita bantu selesaikan bersama. Dalam banyak2 pilihan, manifesto mana yang boleh menarik perhatian pelajar2 di kuliyyah kita, pelajar universiti keseluruhannya, pelajar tempatan dan juga antarabangsa.


3. PEKA AKAN PERMASALAHAN SEBENAR

Sebagai perwakilan pelajar kita harus peka akan masalah dan kesukaran yang dihadapi pelajar. Dari kepekaan dan fokus ini, akan lebih mudah untuk kita lihat pada masalah dan menawarkan solusi terbaik untuk masalah yang betul2 dihadapi pelajar. Nah dari sini juga, kita akan lebih mudah untuk memilih manifesto yang penting di mata pelajar. 


4. REALISTIK

Jangan takut untuk bercita2. Apa lagi mengubah sesuatu yang kelihatan mustahil. Terus melakukan kajian perbandingan dan kaji selidik akan perkara tersebut, anda akan dapat menilai sama ada ia realistik atau pun tidak. Lakukan kajian perbandingan bukan sahaja antara universiti2 di dalam Malaysia, namun juga universiti2 di luar Malaysia terutama sekali di negara2 maju. Antara yang boleh saya sarankan ialah, University of Melbourne, Australia.

Selain itu, adalah lebih baik jika anda juga meletakkan sekurang2 nya satu manifesto yang boleh diselesaikan dalam masa setahun sepanjang tempoh anda menjadi MPP.

5. MENYELURUH

Nak buat manifesto untuk pelajar di kuliyyah/fakulti sahaja atau untuk pelajar kesuluruhan UIA sahaja?
Mana2 boleh.

Sebaiknya, wujudkan manifesto yang boleh memberi manfaat secara terus kepada kedua2 peringkat pelajar iaitu dari kuliyyah/fakulti yang kita wakili (kerana mereka lah sebenarnya yang mengundi kita) dan juga pelajar universiti secara kesuluruhan (kerana mereka adalah amanah kita setelah berjaya diundi nanti).

Apa bezanya kita dengan KBS (Kuliyyah-Based Society)? 

Corak KBS di setiap Kuliyyah adalah berbeza. Jika ada aspirasi yang ingin anda bawa di kuliyyah anda yang bukan berada dalam perhatian KBS, tiada masalah untuk anda menyelesaikannya. Contoh, kewujudan peta direktori dan penukaran kerusi meja yang rosak di Dry Area HS Cafe yang saya bawa kan sebelum ini, bukan lah menjadi agenda/prioriti utama dalam KBS di kuliyyah saya kerana mereka mempunyai keutamaan lain yang perlu diberi perhatian. Maka, nilailah corak dan jenis KBS anda dan buat lah keputusan yang sebaiknya.

6. POLITIK NILAI DAN MATANG

Politik nilai dan matang adalah aspirasi utama yang saya persetujui untuk diterapkan dalam perjuangan bakal2 pemimpin. Politik nilai adalah segala yang berlawanan dengan permainan politik yang berasaskan agenda kotor mana2 parti atau perkumpulan, penyalahgunaan kuasa MPP bagi membawa agenda politikus tertentu dan perjuangan yang hanya berdasarkan sentimen dan andaian tanpa fakta yang jelas dari mana2 pihak yang terlibat.

Politik nilai adalah perjuangan yang memberikan NILAI kepada mereka yang mengundi dan meletakkan kepercayaan kepada kita untuk mewakili mereka. Dalam konteks ini, pelajar2 secara kesuluruhannya adalah ‘stakeholder’ utama. Dan matang adalah kriteria yang kritikal untuk mencapainya kerana kematangan akan memandu kita agar rasional dalam membuat keputusan dan berhikmah dalam perhubungan bersama pihak2 yang berbeza.

Bawalah manifesto2 yang membawa konsep2 ini dalam budaya dan amalan pemimpin sekarang dan yang akan datang.

7. PRINCIPLE-BASED DAN HARMONI

Politik kampus ini lah yang sepatutnya menjadi pengasah kita untuk menjadi seorang yang berprinsip, walaupun kita datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza.
Ini lah tempatnya untuk kita ber”muamalah” (berhubung/bekerja) dengan mereka yang berbeza pendapat dengan kita namun masih mampu bekerja bersama untuk kepentingan ummah.

"Be ‘conservative’ in principle, but ‘liberal’ in operation"

Seringkali perbalahan yang berlaku dalam politik kepartian Muslim adalah dari segi “furu’” atau pun cara dan strategi perlaksanaan. Jangan bergaduh atas dasar ini sehingga menyebabkan perpecahan. Dalam keadaan wujudnya perbezaan pendapat, ketua memainkan peranan penting untuk mencapai kata sepakat dan memastikan keharmonian bersama. 

Akhir sekali nanti, kita mahukan sebuah kampus yang pemimpin serta segala makhluk yang berada di dalamnya merasa harmoni dengan keputusan dan tindakan kita. 

Pada kesempatan ini, ingin saya kongsikan 8 Gagasan Harmoni bersama setiap pihak. Saya merasakan ia cukup inklusif dan cukup menyeluruh untuk kebaikan semua:

1) Gaya Hidup Warga Kampus yang Sihat, Mesra dan Berakhlak;
2) Warga Kampus Bebas Bersuara dan diiktiraf;
3) Pentadbiran Kampus yang Cekap dan Berintegriti;
4) Pengamalan Budaya Politik Nilai dalam Pilihanraya Kampus;
5) Penyuburan Budaya Ilmu dan Intelektualisme;
6) Penghasilan Mahasiswa Berkualiti, Berkepimpinan dan Berdaya Saing;
7) Kampus Selamat, Berkebajikan dan Mesra Mahasiswa; dan
8) Peranan Kampus dalam isu-isu Masyarakat, Negara dan Antarabangsa diiktiraf.

8. BERTANYA PENDAPAT DARI PELBAGAI PIHAK DAN SUDUT.

Saat saya merangka manifesto dahulu, saya berjumpa dengan pelbagai pihak. Pensyarah, bekas pemimpin, pelajar dari pelbagai jawatan/bidang, dan staff adalah manusia yang saya rujuk dalam memperincikan manifesto saya. Memang, akan terdapat perbezaan pendapat dalam sudut pandang pelbagai pihak dan mungkin otak anda akan “cramp” (kejang) seketika atas konflik2 ini haha.

Namun jangan risau. Ia normal dan lebih baik kerana anda dapat menganalisa pendapat mana yang terbaik untuk situasi anda. Ia juga dapat mengelakkan budaya ‘ethnocentrism’ iaitu, budaya melihat sesuatu hanya dari sudut pandang kumpulan/etnik sendiri, yang seterusnya boleh membuatkan kita berat sebelah dalam menilai dan membuat keputusan.

Yang penting sekali, jangan pernah lupa niat dan istiqomah sepanjang perjalanan. Sentiasa minta petunjuk Tuhan kerana tanpaNya kita mudah lemah dan goyah. Jangan merasa bongkak dan dengar lah mana2 nasihat yang diberikan. Dengar tak bermaksud anda bersetuju. Namun dengar lah, agar anda dapat memahami dan mampu berlaku adil kepada setiap kelompok manusia.

“Sesungguhnya sebaik-baik orang hendak engkau ambil untuk bekerja ialah yang kuat (berkemampuan) dan amanah (dipercayai).” (Quran, Al-Qasas: 26)”

“True leaders don’t create more followers, they create more leaders!” – J. Sakiya Sandifer



Jom berusaha menjadi yang terbaik!
Semoga bermanfaat!

Ikhlas,
Farah Nabilah AR
Bekas Pengerusi Bersama
Perhubungan Awam

MPP UIAM 15/16

No comments:

Post a Comment